CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6748|Reply: 7

Kecoh Isu Wanita Berlagak Jika Berduit, Reen Rahim Minta Suami Muhasabah Diri, Cari Punca Isteri ‘Pijak Kepala’

[Copy link]
Post time 14-9-2023 09:15 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini kecoh di media sosial berkenaan isu isteri bersikap sombong dan berlagak apabila mempunyai pendapatan lebih daripada suami.


Ketika isu ini hangat diperkatakan netizen di media sosial, pelakon Reen Rahim tampil berkongsikan pandangannya apabila ditanya pengikut berhubung perkara itu.


Dalam hal ini, Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, berpendapat setiap perbuatan yang ditunjukkan oleh isteri adalah cerminan kepada suami.






"Isteri itu adalah cerminan lelaki. Macam mana kau didik bini kau," katanya.


Aktress tersebut juga berpandangan, suami sepatutnya muhasabah diri dan menilai punca seseorang isteri berubah sikap atau kelakuan.


"Bila isteri buat perangai negatif, dah sombong dengan kau, tak layan kau, dah rasa dia besar, kau tanya balik diri kau, kau jaga hati dia tak?


"Jadi, para suami, kalau isteri dah buat perangai tahi, semak semula kau punya perangai. Okay atau tak," ujarnya.


Dalam pada itu, Reen berpandangan sekiranya seseorang suami memiliki pendapatan lebih rendah namun menjalankan tanggungjawab dengan baik, isteri pasti menghormati mereka dan tidak melakukan tindakan biadab.


"Kalau la kau (suami) tiada duit, tapi jalankan tanggungjawab sebagai suami, menyenangkan hati, membahagiakan, dia (isteri) takkan pijak kepala kau," katanya.


  



Sebelum ini, tular di media sosial kenyataan daripada pelakon dan usahawan, Datuk Rosyam Nor yang menyifatkan wanita bekerjaya dan memiliki pendapatan lebih daripada lelaki akan memiliki sifat angkuh dan ego.


Rosyam yang bercakap mengenai perkara itu menerusi video podcast di TikTok Suhan Movie mendakwa isteri akan mula memandang rendah terhadap suami jika mereka memiliki lebih kekayaan.


Namun, Rosyam tidak menganggap semua wanita bersikap begitu tetapi mendakwa kebanyakannya bersikap sedemikian.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2023 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku lebih setuju dengan reen
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
aku pun setuju dgn minah ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku kalo byk duit pun aku berlagakk.. soo
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 07:40 AM | Show all posts
Reen sangat matang bila beri komen ttg isu2 semasa .. lurveeee
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 08:08 AM | Show all posts
"Kalau la kau (suami) tiada duit, tapi jalankan tanggungjawab sebagai suami, menyenangkan hati, membahagiakan, dia (isteri) takkan pijak kepala kau,"

Setuju sangat.. Lelaki pula kebanyakkan bila isteri mampu mulalah jadi biawak hidup..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2023 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki akan berlagak, ego tinggi bila ade gaji dan duit lebih dari isteri. Layan isteri mcm ape je. Siap ade yg menghina keluarga dan adik beradik isteri yg takde gaji besar mcm dia.

Rosyam ckp pasal isteri dan anak2 perempuan dia kot. Anak dia kan semua perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye Ko pun sama jugak… dengan laki kemain kasar bahasa…. Cerminan laki lah kot?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.042930 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list