Anak lelaki Datuk ND Lala, Amir Syafiq mendedahkan dia pernah menasihati bapanya untuk menceraikan isteri baharu bagi menyelesaikan konflik dalaman keluarga mereka. Sekiranya ND Lala memilih untuk kekal bersama isteri kedua iaitu Siti Munirah Abdul Ghani, bapanya itu akan kehilangan Fauziah serta empat anak.
"Ini adalah perkara yang saya cakap dengan dia (ND Lala). Abah, kalau sayang mak, sayang anak-anak, ceraikan dia (isteri baru). Cakap elok-elok dengan dia. Dia akan faham. Dia baru 33 tahun dan ada jalan yang masih panjang. "Tapi kalau abah pilih dia, abah kena ceraikan mak dan abah akan kehilangan anak-anak semua kecuali saya sebab saya sangat natural. "Saya cakap lagi, tapi kalau abah rasa nak pilih dua-dua, abah bermimpi," katanya di TikTok teman wanitanya dikenali sebagai Eiza Idanie. Anak kedua daripada empat adik beradik itu memberitahu dia menyayangi kedua-dua ibu bapanya secara sama rata tanpa melebihkan mana-mana pihak.
Kata Syafiq lagi, keluarganya kini melalui kehidupan normal seperti biasa meskipun tanpa ketua keluarga. "Saya nak bagi tahu dekat abah, kami dekat rumah ni okay sahaja walaupun abah tiada sebab abah yang kami kenal itu bukan abah yang sekarang ini. "Kalau abah yang sekarang ini ada dekat rumah, orang (kami) pun tak nak," ujarnya. Pada 8 September lepas, ND Lalu melalui satu hantaran video tampil menjelaskan keadaan sebenar yang berlalu di antara dirinya, bekas isteri dan juga isteri baharunya. ND Lala turut menjelaskan berkenaan penularan video yang memperlihatkan dirinya memegang telefon merakam anaknya iaitu Amir ditemani Eiza ketika memulangkan sebuah kendekraan milik isterinya mudanya. Pada 9 Ogos lalu, Fauziah memaklumkan sudah diceraikan suaminya yang melafazkan cerai itu di Masjid Ar Rahman, Bangsar, kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu dan memaklumkan tentang lafaz itu melalui aplikasi WhatsApp pada 8 Ogos. Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 5 September lalu mengesahkan lafaz dibuat penyanyi itu terhadap Fauziah. Untuk rekod, ND Lala mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada 1989 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25. -CARI Sumber: mStar
|
HelgaPataki replied at 14-9-2023 09:07 AM
Dia ni ja yg nampak tak meroyan berbanding dgn adik beradik yg lain.
Tuntutan mutaah berjumlah RM20,000 yang diperintahkan mahkamah juga gagal dilunaskan oleh adik Shila Amzah.
“Lebih membingungkan, bekas mentua saya seolah-olah merelakan perbuatan anak lelaki mereka yang langsung tidak bertanggungjawab, termasuklah mengendahkan kewujudan zuriat tunggal kami,” ujar Anis sambil mengenangkan nasib yang bakal dilalui anak dan dirinya.
Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata, Amir Aryan Khalish yang berusia tiga tahun setelah bernikah pada 31 Ogos 2014, namun tidak sampai setahun menempuhi alam perkahwinan, mereka bercerai pada 15 Mei 2016.
awex^returns replied at 14-9-2023 09:55 AM
bapaknya kesah plak ngan mak ko yang dah monopos
harus lah dia cari pek muda walaupun takde rupa dan ...
Tapi kalau abah pilih dia, abah kena ceraikan mak dan abah akan kehilangan anak-anak semua kecuali saya sebab saya sangat natural.
ADVERTISEMENT