CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PH Tidak Setuju Najib Diberi Pengampunan

13-9-2023 07:51 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2973| Komen: 9

Putrajaya: Pakatan Harapan (PH) kekal dengan pendirian untuk tidak bersetuju pengampunan diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata biarpun PH tidak bersetuju, gabungan berkenaan tidak mencampuri urusan berkaitan pengampunan terbabit.



"Itu memang pendirian kita (PH), cuma proses pengampunan ini, ada proses tertentunya dan akhirnya ia adalah di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.

"Namun jika ingin bertanya sama ada bersetuju, sebagai PH kami tidak bersetuju dan kami juga tidak mencampuri urusan terbabit," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program 'Power Chat' dan Pelancaran Rasmi Konvensyen Usahawan Cina Sedunia Ke-17 anjuran Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) di sini, hari ini.

Rafizi berkata, biarpun tidak bersetuju dengan pengampunan terbabit, Najib berhak membuat permohonan untuk diampunkan seperti termaktub dalam Perlembagaan.


"Sama ada kita bersetuju atau sebaliknya, akhirnya ia terpulang kepada mereka yang memiliki mandat (untuk memberi pengampunan), dan ia bukan (daripada) kerajaan," katanya.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi (kini hakim Mahkamah Rayuan) Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib bersalah di atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC.

Mohd Nazlan sehubungan itu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib, dan keputusan itu dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 serta panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos tahun lalu.

Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun memfailkan petisyen pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan (PP) pada 2 September 2022.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 13-9-2023 09:28 PM
Haah ye la. Kang susah pulak kau nak keluarkan formula ekonomi kau tu. Ni katanya nak reintroduce GST. Hari tu korang jugak meroyan menghasut rakyat kata GST zalim.
Quote stingergrumpy 13-9-2023 09:37 PM
But komedi sebagai menteri wilayah will be in the panel pengampunan you know?

How?
Quote B40tastePosh 13-9-2023 09:48 PM
Jangan ampunkan Perosak Negara.

Quote Suchi 13-9-2023 10:03 PM
Dah setahun la dia memohon eh?
Agong mana yg akan ampunkan beliau nanti?
Quote kakigebang 13-9-2023 10:08 PM
Betul la kata rafizi...prinsipalnye tak bersetuju tapi tu hak pesalah untuk mohon pengampunan dan yg boleh beri pengampunan pun bukan kerajaan tp agong...takkan kerajaan boleh lawan agong
Quote AbukRokok 13-9-2023 10:55 PM
klu diampunkan sanggup ke raykat mengamuk di jalanan membantah keputusan raja?
atau sanggup menghina dan mengejek raja di sosial media ?
Quote kakikuDibibirmu 13-9-2023 11:02 PM
Suchi replied at 13-9-2023 10:03 PM
Dah setahun la dia memohon eh?
Agong mana yg akan ampunkan beliau nanti?

Agong Johor     
Quote terma2nkondisi2 14-9-2023 01:09 AM
alasan 'tidak mencampuri urusan' dah mcm popular pula dalam kalangan politikus2

contoh mcm ada seorg politikus yg nampak bersungguh2 kata lawan rasuah dan beri isyarat seolah2 musuh2 politiknya banyak mengamalkan rasuah.. tapi, semasa kerajaan persekutuan di bawah kepimpinannya, siapa je yg kena cekup, kena dakwa, dan dipenjarakan dek jenayah rasuah yg dilakukan?.. pehtu guna alasan 'tidak mencampuri urusan' pendakwa raya

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.230952 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top