|
Azhan Rani, 47, tak setuju aktiviti pendakian ekstrim seperti menawan puncak Gunung Everest sebagai perbuatan sia-sia dan mengancam nyawa termasuk tragedi yang menimpa pendaki negara pada Mei lalu.
Azhan yang aktif dengan aktiviti mendaki gunung berkata, untuk menyertai aktiviti ini perlu ada ilmu mendaki dan jika tiada perlu mendapat bimbingan dengan cara yang betul. "Nak daki gunung kena ada ilmu. Bukan buat secara melulu dan membabi buta kerana setiap aktiviti sukan ekstrim ada risikonya," katanya kepada Harian Metro. Menurut Azhan, mendaki gunung adalah hobinya untuk mengisi masa terluang sejak dulu. "Setiap orang ada niat tersendiri bila pergi mendaki. Saya pula mengisi masa dengan aktiviti pendakian bila kurang menerima tawaran berlakon. Nak kata aktiviti mendaki tak penat, tipulah," katanya.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.341255 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.