CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3079|Reply: 2

Muntah-Muntah, Tangan Kebas, Tak Boleh Berjalan, Berhalusinasi- Azhan Rani Tak Serik Nak Panjat Gunung

[Copy link]
Post time 13-9-2023 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Azhan Rani, 47, tak setuju aktiviti pendakian ekstrim seperti menawan puncak Gunung Everest sebagai perbuatan sia-sia dan mengancam nyawa termasuk tragedi yang menimpa pendaki negara pada Mei lalu.


Azhan yang aktif dengan aktiviti mendaki gunung berkata, untuk menyertai aktiviti ini perlu ada ilmu mendaki dan jika tiada perlu mendapat bimbingan dengan cara yang betul.


Foto: IG




"Nak daki gunung kena ada ilmu. Bukan buat secara melulu dan membabi buta kerana setiap aktiviti sukan ekstrim ada risikonya," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Azhan, mendaki gunung adalah hobinya untuk mengisi masa terluang sejak dulu.


"Setiap orang ada niat tersendiri bila pergi mendaki. Saya pula mengisi masa dengan aktiviti pendakian bila kurang menerima tawaran berlakon. Nak kata aktiviti mendaki tak penat, tipulah," katanya.




  



Ditanya pengalaman mencemaskan ketika mengikuti aktiviti itu, dia mendapat serangan 'acute mountain sickness' (AMS) ketika mendaki Gunung Kinabalu, baru-baru ini.


Katanya, dia hampir gagal sampai ke puncak kerana serangan AMS itu walaupun sudah menawan gunung itu sebanyak tiga kali.


"Saya mengalami muntah-muntah, tangan kebas, tidak boleh berjalan serta mula berhalusinasi. Namun dengan bantuan rakan-rakan, saya dapat teruskan perjalanan dan keadaan badan okay semula bila kita turun ke altitud lebih rendah," katanya.




  



Namun, dia tidak serik untuk meneruskan aktiviti mendaki.


Terbaru, dia sibuk membuat persediaan untuk ekspedisi mendaki Island Peak di Nepal pada Februari tahun depan.




  



  



"Saya akan pastikan stamina dan badan cergas serta cukup latihan untuk ekspedisi itu. Sebelum ini saya tidak dapat menjalani latihan kerana komitmen pada bidang lakonan dan menjaga ibu yang kurang sihat," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2023 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku naik bohey dulang pon aku dah membebel penat..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 09:17 AM | Show all posts
heols memang sejenis defensive eh.. kekadang bosan ye sebab asyik merempan je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Belum Masuk Hari Raya:Apartmen Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Hari Raya:Apartmen Dijadikan
Views : 101 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 41431 Replies : 518
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 17802 Replies : 11
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun
ultra78KKM batal notifikasi produk kosmetik ber
Views : 25956 Replies : 6
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 50684 Replies : 18
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 25990 Replies : 4
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278479 Replies : 1526
Polis buka siasatan video lelaki baling kon di Plaza Tol LDP
ultra78Polis buka siasatan video lelaki baling
Views : 25631 Replies : 5
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23569 Replies : 7
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 364033 Replies : 3551

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.096469 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list