CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipukul, Ditendang, Dirotan- Budak 6 Tahun Lari Rumah, Tak Tahan Didera Bapa Kandung Dan Ibu Tiri

13-9-2023 03:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1470| Komen: 0

Description: Sepasang suami isteri ditahan polis kerana didakwa mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Bahau di daerah Jempol, Negeri Sembilan.
Sepasang suami isteri ditahan polis kerana didakwa mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Bahau di daerah Jempol, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hoo Chang Hook berkata suspek yang merupakan bapa dan ibu tiri mangsa ditahan pada Selasa dan direman tujuh hari.


Gambar Hiasan

“Kami menerima maklumat daripada orang ramai bahawa seorang budak lelaki telah melarikan diri dari rumah dan mengambil keputusan untuk membuat siasatan.

“Polis kemudian menemui budak lelaki itu yang mengalami kecederaan di seluruh badan dan membawanya ke Hospital Jempol untuk rawatan,” katanya.

Hoo berkata pemeriksaan perubatan ke atas budak lelaki itu menunjukkan terdapat kesan parut dan kecederaan lama.

Siasatan awal mendapati mangsa didera sejak Mac lalu.

“Mangsa dipercayai dipukul ibu tiri dan bapa kandung dengan menggunakan tangan, ditendang serta dirotan menggunakan senduk kayu.


“Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata bapa kanak-kanak berusia 27 tahun itu bekerja di kilang papan manakala ibu tirinya yang berusia 31 tahun merupakan seorang suri rumah.

Kanak-kanak itu merupakan anak sulung daripada empat beradik dan dipercayai hanya dia seorang diperlakukan begitu.

Hoo berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.098890 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top