CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Sayu Dan Sebak Lihat Agong Anak Beranak Keletihan Pusing Sarawak

13-9-2023 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5592| Komen: 31

PETALING JAYA – Rakyat Sarawak setia menunggu ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di pekarangan Hotel Pullman, Kuching.


Walaupun tiba di hotel penginapan kira-kira pukul 12.30 tengah malam, rombongan Seri Paduka Baginda disambut meriah dengan sorakan orang ramai yang mengalu-alukan ketibaan Baginda berdua.




Di ruangan komen, orang ramai  terharu dan sayu dalam hati masing-masing apabila terkenangkan perjalanan jauh yang terpaksa ditempuhi Seri Paduka Baginda sepanjang Kembara Kenali Borneo.

“Berakhir sudah Kembara Kenali Borneo. Jemputlah datang lagi ke Sarawak. Saya sempat mengiringi rombongan kembara YDPA dari Betong sampai Kuching.

“Biasanya, saya hanya akan memandu sekitar dua jam. Kalau saya rasa penat, apatah lagi Tuanku yang memandu sendiri dan telah menjelajah Borneo selama 11 hari, mungkin dapat rehat beberapa jam sahaja,” kata Eija.


“Sarawak ada empat buah bandar raya utama iaitu Kuching, Sibu, Bintulu, dan Miri. Seharusya, (Seri Paduka Baginda) bermalam di setiap bandar raya utama.

“Sarawak ini luas, lebih besar dari Semenanjung. Sayu hati saya tengok Seri Paduka Baginda menahan penat lelah ketika menyusuri kami di Batu 13, Jalan Kuching-Serian tadi, sehinggakan Raja Permaisuri Agong demam,” komen Cynn.

“Rehat secukupnya Tuanku. Tidak sampai hati kami rakyat Sarawak melihat Tuanku dan anak-anak penat,” kata Becca.


Ketibaan rombongan Al-Sultan Abdullah di Kuching, semalam, melengkapkan Kembara Kenali Borneo bagi Sarawak yang merangkumi jarak sejauh 1,194 kilometer (km) sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Kembara selama 11 hari itu melibatkan perjalanan jarak sejauh 2,154 km menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Turut sama dalam Kembara Kenali Borneo ialah paduka anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 13-9-2023 11:58 AM
Bye daulat
Quote airmineral 13-9-2023 12:33 PM
xyah sayu dan sebak
iols teringin nak tau berapa duit gomen abes duit belanja utk program tu
Quote makneng 13-9-2023 12:55 PM
Yg sayu2 ni pengikut dewa sayu ke? Sayu le hulu, sayu ke hilir..kosser tau. Naive sgt yg sayu2 tak memasal ni
Quote chiyoasuka 13-9-2023 02:29 PM
dah selesai kembara borneo
Quote Belibis 13-9-2023 04:13 PM
Kah kah..itu jer aku mampu komen..
Quote noxnox 13-9-2023 04:24 PM
Kalau queen ragat buat kembara like this , sama x sambutan ?
Quote laksmanabentan 13-9-2023 04:53 PM
airmineral replied at 13-9-2023 12:33 PM
xyah sayu dan sebak
iols teringin nak tau berapa duit gomen abes duit belanja utk program tu

aku suka komen nih...

kenapa nak sayu?
kenapa nak sebak?

fasiltas buat mereka tip top kot..
Quote mizruncing 13-9-2023 04:55 PM
knp baru skrg nak buat kembara borneo ni? patut awal2 dulu dah pegi lawat tgk turun padang sendiri keadaan rakyat kat sane
Quote tikusmontok 13-9-2023 05:02 PM
mizruncing replied at 13-9-2023 04:55 PM
knp baru skrg nak buat kembara borneo ni? patut awal2 dulu dah pegi lawat tgk turun padang sendiri k ...

Hahaha first day aritu lagi iols dah sebut...ada acik forum kata better late than never..
Quote mizruncing 13-9-2023 05:07 PM
tikusmontok replied at 13-9-2023 05:02 PM
Hahaha first day aritu lagi iols dah sebut...ada acik forum kata better late than never..

dah nk habis term dah pon. sempat ke dia nak setelkan apa yg rakyat borneo mintak dalam buku nota yg ditulis tu
Quote dua_chzy 13-9-2023 05:10 PM
Korang memang betul2 teruja ya nampak YDPA and family.

Ok la...
Quote She-Ra 13-9-2023 05:19 PM
iols memang melayan vtt kembara borneo ni
sangat menghiburkan dan menceriakan hari2 ku
tu je nak komen
Quote kemaruk 13-9-2023 05:22 PM
mizruncing replied at 13-9-2023 04:55 PM
knp baru skrg nak buat kembara borneo ni? patut awal2 dulu dah pegi lawat tgk turun padang sendiri k ...

Mungkin cik adik tak tahu yang sebelum ni negara kita dilanda pandemik dan tahun lepas PRU

Sekarang la masa paling sesuai YDPA menjelajah borneo di samping siapnya Pan Borneo highway ilham bossku najib razak
Quote airmineral 13-9-2023 05:29 PM
mizruncing replied at 13-9-2023 04:55 PM
knp baru skrg nak buat kembara borneo ni? patut awal2 dulu dah pegi lawat tgk turun padang sendiri k ...

dgr nak turun sana drpd tahun lepas
tp tu la, kenapa x buat drpd awal masa naik takhta dulu
mungkin xde peruntukan agaknya..
ataupun drg baru terfikir..


Quote mojarean_X 13-9-2023 05:29 PM
Daulat Tuanku. Terima kasih atas perkhidmatan sepanjang 5 tahun yg mencabar ini
Quote airmineral 13-9-2023 05:33 PM
mizruncing replied at 13-9-2023 05:07 PM
dah nk habis term dah pon. sempat ke dia nak setelkan apa yg rakyat borneo mintak dalam buku nota  ...

pasni johor naik kan?
elok pas nota2 tu kat next raja
baru bergulung mencicit bung buat kije


Quote akmal 13-9-2023 05:38 PM
Xyah nk sayu..diaorg just berlenggang je..lainlah Kita kene pk psl luggage..cek in..dobi .cukup ke baju nk Kai..nk mkn mana .blabla ..
Quote drivethru 13-9-2023 06:02 PM
Pernah pusing pahang tak?
Mesti kembara selatan tergugat dengan sambutan kembara borneo.
Quote jiwasemangat 13-9-2023 06:19 PM
Dia dah jadi tuan tanah
Suka ati dia laa nak buat apa pon
Yg sesuai dgn citarasa dia
Selagi tak melanggar undang²
Tak perlu pon nak question selera org lain
Selera nii terpulang pd keinginan masing² lerr

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.217560 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top