View: 5213|Reply: 31
|
Rakyat Sayu Dan Sebak Lihat Agong Anak Beranak Keletihan Pusing Sarawak
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Rakyat Sarawak setia menunggu ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di pekarangan Hotel Pullman, Kuching.
Walaupun tiba di hotel penginapan kira-kira pukul 12.30 tengah malam, rombongan Seri Paduka Baginda disambut meriah dengan sorakan orang ramai yang mengalu-alukan ketibaan Baginda berdua.
Di ruangan komen, orang ramai terharu dan sayu dalam hati masing-masing apabila terkenangkan perjalanan jauh yang terpaksa ditempuhi Seri Paduka Baginda sepanjang Kembara Kenali Borneo.
“Berakhir sudah Kembara Kenali Borneo. Jemputlah datang lagi ke Sarawak. Saya sempat mengiringi rombongan kembara YDPA dari Betong sampai Kuching.
“Biasanya, saya hanya akan memandu sekitar dua jam. Kalau saya rasa penat, apatah lagi Tuanku yang memandu sendiri dan telah menjelajah Borneo selama 11 hari, mungkin dapat rehat beberapa jam sahaja,” kata Eija.
“Sarawak ada empat buah bandar raya utama iaitu Kuching, Sibu, Bintulu, dan Miri. Seharusya, (Seri Paduka Baginda) bermalam di setiap bandar raya utama.
“Sarawak ini luas, lebih besar dari Semenanjung. Sayu hati saya tengok Seri Paduka Baginda menahan penat lelah ketika menyusuri kami di Batu 13, Jalan Kuching-Serian tadi, sehinggakan Raja Permaisuri Agong demam,” komen Cynn.
“Rehat secukupnya Tuanku. Tidak sampai hati kami rakyat Sarawak melihat Tuanku dan anak-anak penat,” kata Becca.
Ketibaan rombongan Al-Sultan Abdullah di Kuching, semalam, melengkapkan Kembara Kenali Borneo bagi Sarawak yang merangkumi jarak sejauh 1,194 kilometer (km) sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
Kembara selama 11 hari itu melibatkan perjalanan jarak sejauh 2,154 km menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.
Turut sama dalam Kembara Kenali Borneo ialah paduka anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana. –CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
xyah sayu dan sebak
iols teringin nak tau berapa duit gomen abes duit belanja utk program tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg sayu2 ni pengikut dewa sayu ke? Sayu le hulu, sayu ke hilir..kosser tau. Naive sgt yg sayu2 tak memasal ni |
|
|
|
|
|
|
|
dah selesai kembara borneo |
|
|
|
|
|
|
|
Kah kah..itu jer aku mampu komen.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka komen nih...
kenapa nak sayu?
kenapa nak sebak?
fasiltas buat mereka tip top kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
knp baru skrg nak buat kembara borneo ni? patut awal2 dulu dah pegi lawat tgk turun padang sendiri keadaan rakyat kat sane |
|
|
|
|
|
|
|
mizruncing replied at 13-9-2023 04:55 PM
knp baru skrg nak buat kembara borneo ni? patut awal2 dulu dah pegi lawat tgk turun padang sendiri k ...
Hahaha first day aritu lagi iols dah sebut...ada acik forum kata better late than never.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah nk habis term dah pon. sempat ke dia nak setelkan apa yg rakyat borneo mintak dalam buku nota yg ditulis tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Korang memang betul2 teruja ya nampak YDPA and family.
Ok la... |
|
|
|
|
|
|
|
iols memang melayan vtt kembara borneo ni
sangat menghiburkan dan menceriakan hari2 ku
tu je nak komen |
|
|
|
|
|
|
|
mizruncing replied at 13-9-2023 04:55 PM
knp baru skrg nak buat kembara borneo ni? patut awal2 dulu dah pegi lawat tgk turun padang sendiri k ...
Mungkin cik adik tak tahu yang sebelum ni negara kita dilanda pandemik dan tahun lepas PRU
Sekarang la masa paling sesuai YDPA menjelajah borneo di samping siapnya Pan Borneo highway ilham bossku najib razak |
|
|
|
|
|
|
|
dgr nak turun sana drpd tahun lepas
tp tu la, kenapa x buat drpd awal masa naik takhta dulu
mungkin xde peruntukan agaknya..
ataupun drg baru terfikir..
|
|
|
|
|
|
|
|
Daulat Tuanku. Terima kasih atas perkhidmatan sepanjang 5 tahun yg mencabar ini |
|
|
|
|
|
|
|
pasni johor naik kan?
elok pas nota2 tu kat next raja
baru bergulung mencicit bung buat kije
|
|
|
|
|
|
|
|
Xyah nk sayu..diaorg just berlenggang je..lainlah Kita kene pk psl luggage..cek in..dobi .cukup ke baju nk Kai..nk mkn mana .blabla .. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah pusing pahang tak?
Mesti kembara selatan tergugat dengan sambutan kembara borneo. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dah jadi tuan tanah
Suka ati dia laa nak buat apa pon
Yg sesuai dgn citarasa dia
Selagi tak melanggar undang²
Tak perlu pon nak question selera org lain
Selera nii terpulang pd keinginan masing² lerr |
|
|
|
|
|
|
| |
|