CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banjir: 70 Buaya Terlepas Dari Ladang Ternakan Di China

13-9-2023 11:00 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3581| Komen: 8

Shenzhe, China: Lebih 70 buaya terlepas dari sebuah ladang buaya di selatan China selepas banjir, lapor pihak berkuasa.

Reptilia itu terlepas dari bandar Maoming selepas hujan lebat turun di wilayah itu selama beberapa hari, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik portal berita China The Paper dan laporan lain pada Selasa yang merujuk pihak berkuasa tempatan.


Gambar hiasan

Insiden berlaku selepas sebuah tasik berhampiran ladang buaya itu melimpahi tebingnya, membolehkan haiwan itu terlepas.

Sekurang-kurangnya 69 buaya dewasa dan enam yang lebih muda dipelihara di ladang itu.

Menurut akhbar Beijing News, pasukan kecemasan dihantar untuk mengesan reptilia yang terlepas dengan bantuan peralatan sonar.

Bagaimanapun, banjir yang meluas menyukarkan pencarian, justeru pihak berkuasa meminta penduduk tinggal di rumah masing-masing.



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote j3m4h 13-9-2023 11:03 AM
Hermes ketap bibir…
Quote makneng 13-9-2023 12:57 PM
Bela nak buat makan ke nak buat beg tu?
Quote plywood 13-9-2023 01:07 PM
buaya ni kalau dah dapat gigit mana-mana bahagian badan spt tangan dia akan buat gerakan maut iaitu berputar untuk mematahkan dan melumpuhkan mangsa. Kemungkinan besar buaya akan melepaskan dengan cepat gigitan sekiranya dapat menyerang bahagian mata dengan parang atau tusuk dengan benda tajam
Quote Decaffeinated 13-9-2023 02:33 PM
Buaya tak leh survive tanpa air.

Banjir surut nanti mengelupur lah mereka.

Quote supernaturalee 13-9-2023 05:40 PM
ni dh ke mana2 dia pi
hbs banjir sok jgn terkejut tiba ada dia kt parit/sungai yg sblm ni xde pun
even longkang besar bwh jln juga
Quote epullipan 13-9-2023 05:46 PM
ngeri weh buaya ada dimana mana termasuklah buaya darat huhu
Quote chiyoasuka 13-9-2023 06:28 PM
dkt borneo ni byk betul buaya… tmpt2 yg xda buaya pn tiba ada buaya.. dgr2 ada yg lepaskan.. ada yg terlepas sbb banjir besar… byk btl kes org kena baham buaya sni

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.541474 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top