View: 3578|Reply: 7
|
Banjir: 70 Buaya Terlepas Dari Ladang Ternakan Di China
[Copy link]
|
|
Shenzhe, China: Lebih 70 buaya terlepas dari sebuah ladang buaya di selatan China selepas banjir, lapor pihak berkuasa.
Reptilia itu terlepas dari bandar Maoming selepas hujan lebat turun di wilayah itu selama beberapa hari, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik portal berita China The Paper dan laporan lain pada Selasa yang merujuk pihak berkuasa tempatan.
Gambar hiasan
Insiden berlaku selepas sebuah tasik berhampiran ladang buaya itu melimpahi tebingnya, membolehkan haiwan itu terlepas.
Sekurang-kurangnya 69 buaya dewasa dan enam yang lebih muda dipelihara di ladang itu.
Menurut akhbar Beijing News, pasukan kecemasan dihantar untuk mengesan reptilia yang terlepas dengan bantuan peralatan sonar.
Bagaimanapun, banjir yang meluas menyukarkan pencarian, justeru pihak berkuasa meminta penduduk tinggal di rumah masing-masing.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Bela nak buat makan ke nak buat beg tu? |
|
|
|
|
|
|
|
buaya ni kalau dah dapat gigit mana-mana bahagian badan spt tangan dia akan buat gerakan maut iaitu berputar untuk mematahkan dan melumpuhkan mangsa. Kemungkinan besar buaya akan melepaskan dengan cepat gigitan sekiranya dapat menyerang bahagian mata dengan parang atau tusuk dengan benda tajam |
|
|
|
|
|
|
|
Buaya tak leh survive tanpa air.
Banjir surut nanti mengelupur lah mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
ni dh ke mana2 dia pi
hbs banjir sok jgn terkejut tiba ada dia kt parit/sungai yg sblm ni xde pun
even longkang besar bwh jln juga |
|
|
|
|
|
|
|
ngeri weh buaya ada dimana mana termasuklah buaya darat huhu |
|
|
|
|
|
|
|
dkt borneo ni byk betul buaya… tmpt2 yg xda buaya pn tiba ada buaya.. dgr2 ada yg lepaskan.. ada yg terlepas sbb banjir besar… byk btl kes org kena baham buaya sni |
|
|
|
|
|
|
| |
|