Masyarakat dunia beralih kepada TikTok sama ada sebagai hiburan mahupun 'lubuk' pendapatan. Hanya dengan sedikit kreativiti dan kandungan menarik, sesiapa sahaja boleh berniaga dan berpeluang memiliki jumlah pengikut yang ramai.
Bagi golongan peniaga, ia dilihat menjadi platform terbaik untuk mengembangkan perniagaan sekali gus mendapat ramai pelanggan. Bagaimanapun, ada sesetengah pihak melihat platform baharu itu sebagai ancaman kepada peniaga kecil-kecilan, juga peniaga di premis kerana harga yang ditawarkan penjual menerusi TikTok disifatkan tidak masuk akal dan jauh lebih murah. "TikTok mengubah 360 darjah industri fesyen dan tekstil negara. Harga yang mereka jual semua tak masuk akal. "Aku tak faham macam mana ada yang dapat jual lagi murah daripada harga borong... contohnya batik doby, harga borong Indonesia pun RM90 sepasang tapi dijual RM75," demikian luahan yang dibuat seorang pengguna menerusi hantaran di Facebook.
Dia juga tidak menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan kebanyakan peniaga TikTok hanya mengambil untung sekitar RM1 hingga RM5 sahaja bagi sehelai pakaian. Bukan itu sahaja, pemuda itu turut menyatakan kebanyakan peniaga yang terlibat hanya mendapat 'penat' berbanding keuntungan apabila melakukan langkah 'jual murah' seperti itu. Baginya, peniaga sepatutnya mengambil kira kos tenaga, masa, utiliti, pekerja dan pelbagai lagi sebelum meletakkan tawaran harga kepada pelanggan. "Nak berniaga kena ada etika supaya hampa (kamu) tak letak harga sampai memberi kesan atau membunuh pesaing yang lain terutamanya kedai. "Mereka bayar sewa kedai, gaji pekerja dan utiliti... kos mereka lebih besar. Orang berniaga, hampa sibuk nak berniaga tapi tak reti kira profit margin. "Akhirnya pesaing gulung tikar, hampa semua untung tak seberapa," luahnya lagi. Dia turut berpendapat TikTok hanya memberi manfaat kepada pengguna akhir semata-mata. Mengulas lanjut, dia turut berpandangan bahawa aplikasi berkenaan tidak membantu meningkatkan ekonomi negara kerana semua rantaian perniagaan telah 'dihapuskan'. "Dia skip semua middlemen along the business chain. So, in a way, it doesn't really boost the country economics. "Selain faktor sekuriti, kemungkinan ini antara sebab kenapa Amerika Syarikat telah menyekat TikTok. TikTok hanya mengkayakan China. Ramai peniaga premis dikatakan gulung tikar disebabkan kehadiran penjual online. -Gambar hiasan The Star/Yap Chee Hong "Kalau Malaysia nak rancakkan balik ekonomi dan selamatkan peniaga-peniaga kecil, silalah haramkan TikTok," tambahnya. Masih berkongsi buah fkirannya, dia turut menyarankan orang ramai yang ingin berniaga supaya lebih kepada menjual perkhidmatan berbanding barangan. Baginya, hanya bisnes perkhidmatan yang tidak terkesan dengan teknik jualan murah yang dilakukan peniaga dalam talian pada masa ini. "Kalau tak selari, kita akan ketinggalan. Berniaga di TikTok naik mencanak selari dengan keruntuhan moral Melayu menerusi video tidak ada maruah," katanya. Bagaimanapun tidak kurang juga yang menganggap dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan teknologi terkini sehingga menyalahkan platform baharu itu. "Sebenarnya you stuck dengan cara lama, apabila tak boleh adaptasi salahkan TikTok. Kalau nak tahan berniaga perlu kreatif. "Zaman sekarang semua harga naik, orang memilih barang murah berkualiti dan tak perlu keluar rumah. Kalau pelanggan fikir kesian pada peniaga gulung tikar, siapa nak sara hidup mereka? "Zaman sekarang banyak kena berjimat jadi memang pilih beli dalam talian lebih murah daripada kedai," ujar beberapa warga maya. -CARI Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|