CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7367|Reply: 133

Ramai Peniaga Kedai Dah Melingkup, Lelaki Saran Sekat TikTok! Penjual Online Jual Harga Terlajak Murah, Tak Kisah Untung Ciput

[Copy link]
Post time 13-9-2023 10:06 AM | Show all posts |Read mode
Masyarakat dunia beralih kepada TikTok sama ada sebagai hiburan mahupun 'lubuk' pendapatan.


Hanya dengan sedikit kreativiti dan kandungan menarik, sesiapa sahaja boleh berniaga dan berpeluang memiliki jumlah pengikut yang ramai.


Bagi golongan peniaga, ia dilihat menjadi platform terbaik untuk mengembangkan perniagaan sekali gus mendapat ramai pelanggan.


Ramai Peniaga Kedai Dah Melingkup, Lelaki Saran Sekat TikTok! Penjual Online Jual Harga Terlajak Murah, Tak Kisah Untung Ciput





Bagaimanapun, ada sesetengah pihak melihat platform baharu itu sebagai ancaman kepada peniaga kecil-kecilan, juga peniaga di premis kerana harga yang ditawarkan penjual menerusi TikTok disifatkan tidak masuk akal dan jauh lebih murah.


"TikTok mengubah 360 darjah industri fesyen dan tekstil negara. Harga yang mereka jual semua tak masuk akal.


"Aku tak faham macam mana ada yang dapat jual lagi murah daripada harga borong... contohnya batik doby, harga borong Indonesia pun RM90 sepasang tapi dijual RM75," demikian luahan yang dibuat seorang pengguna menerusi hantaran di Facebook.


Dia juga tidak menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan kebanyakan peniaga TikTok hanya mengambil untung sekitar RM1 hingga RM5 sahaja bagi sehelai pakaian.







Bukan itu sahaja, pemuda itu turut menyatakan kebanyakan peniaga yang terlibat hanya mendapat 'penat' berbanding keuntungan apabila melakukan langkah 'jual murah' seperti itu.


Baginya, peniaga sepatutnya mengambil kira kos tenaga, masa, utiliti, pekerja dan pelbagai lagi sebelum meletakkan tawaran harga kepada pelanggan.


"Nak berniaga kena ada etika supaya hampa (kamu) tak letak harga sampai memberi kesan atau membunuh pesaing yang lain terutamanya kedai.


"Mereka bayar sewa kedai, gaji pekerja dan utiliti... kos mereka lebih besar. Orang berniaga, hampa sibuk nak berniaga tapi tak reti kira profit margin.


"Akhirnya pesaing gulung tikar, hampa semua untung tak seberapa," luahnya lagi.


Dia turut berpendapat TikTok hanya memberi manfaat kepada pengguna akhir semata-mata.


Mengulas lanjut, dia turut berpandangan bahawa aplikasi berkenaan tidak membantu meningkatkan ekonomi negara kerana semua rantaian perniagaan telah 'dihapuskan'.


"Dia skip semua middlemen along the business chain. So, in a way, it doesn't really boost the country economics.


"Selain faktor sekuriti, kemungkinan ini antara sebab kenapa Amerika Syarikat telah menyekat TikTok. TikTok hanya mengkayakan China.


Ramai peniaga premis dikatakan gulung tikar disebabkan kehadiran penjual online. -Gambar hiasan The Star/Yap Chee Hong


"Kalau Malaysia nak rancakkan balik ekonomi dan selamatkan peniaga-peniaga kecil, silalah haramkan TikTok," tambahnya.


Masih berkongsi buah fkirannya, dia turut menyarankan orang ramai yang ingin berniaga supaya lebih kepada menjual perkhidmatan berbanding barangan.


Baginya, hanya bisnes perkhidmatan yang tidak terkesan dengan teknik jualan murah yang dilakukan peniaga dalam talian pada masa ini.


"Kalau tak selari, kita akan ketinggalan. Berniaga di TikTok naik mencanak selari dengan keruntuhan moral Melayu menerusi video tidak ada maruah," katanya.


Bagaimanapun tidak kurang juga yang menganggap dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan teknologi terkini sehingga menyalahkan platform baharu itu.


"Sebenarnya you stuck dengan cara lama, apabila tak boleh adaptasi salahkan TikTok. Kalau nak tahan berniaga perlu kreatif.


"Zaman sekarang semua harga naik, orang memilih barang murah berkualiti dan tak perlu keluar rumah. Kalau pelanggan fikir kesian pada peniaga gulung tikar, siapa nak sara hidup mereka?


"Zaman sekarang banyak kena berjimat jadi memang pilih beli dalam talian lebih murah daripada kedai," ujar beberapa warga maya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2023 10:22 AM | Show all posts
customer msti la nk yg murah, n online shopping lg mudah... senang,

contoh beli baju rya, x yah susah2 pilih

order kt hp siap...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 10:25 AM | Show all posts
daku mmg giler sopin dkt tiktok sua slack p kije dpt rm2 je. mana nk dpt kt kedai ui...
kain tebal & ironless pulak tu. yang penting buyer dapat harga murah & free shiping lg. kua p kedai kena tuang duit minyak tol makan minum lg
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols takde tiktok plak..
Mmg iols suka beli baju yang depan mata..
Takut senteng dll...
Tapi ye lah..berapa persen je yang MCM iols..haha..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 10:33 AM | Show all posts
chentadearhati replied at 13-9-2023 10:25 AM
daku mmg giler sopin dkt tiktok sua slack p kije dpt rm2 je. mana nk dpt kt kedai ui...
kain tebal & ...

murah nye. apa nama tiktok tu? hahah
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau buat la tiktok jgk bang oi.. live lelong kat situ. Aku pun baru bergiat dlm arena pershopingan di tiktok. Ekonomi teruk sekarang, pengguna pun nak cari benda murah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2023 10:38 AM | Show all posts
shernazz replied at 13-9-2023 10:26 AM
Iols takde tiktok plak..
Mmg iols suka beli baju yang depan mata..
Takut senteng dll...

aku pun suke beli kat kedai boleh cuba,hahahaahha itulah harga yg kena bayar,

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pegi beli undies anak2 pompuan aku kat jusco… akak tu sambil bukak bill dengar dia kata “alhamdulillah dapat juga bukak bill minggu ni” and hari tu hari khamis dah… kesian dengar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2023 10:49 AM | Show all posts
kami pengguna mesti la cari harga yang murah. di zaman semua benda harag level yahudi kene la pandai2 cari peluang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 10:54 AM | Show all posts
mesti lah pilih platform yang murah. dekat tiktok memang murah habis nak2 time live... dapat pulak free shipping. buat beli baju kerja ja pun, bnda cepat bosan beli yg murmur je dah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 10:59 AM | Show all posts
ko nak marah2 orang jual kat tiktok... orang opkos le nak murah...lagi satu..yang komplen ni tak paham ke tak percaya ke rezeki tu ALLAH bagi..orang yg komplen mcm ni yang jenis akan santau santau peniaga lain..bab baru jual kat tiktok je da komplen semacam
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 11:03 AM | Show all posts
consumer nak beli brg murah...jgn katakan tiktok, letak apps daging babi pun, kalau murah, org tetap beli
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 11:15 AM | Show all posts
tiktok shopee ni lubuk orang berlumba bunuh harga. kau jual rm 5, aku jual rm 4.50, member baru masuk jual rm 4.30..

player besar masuk buang harga lagi rm 4.00

yang untung customer. yang rugi peniaga .  jujurnya tak semua boleh jadi peniaga sebab tak kira kos masa ( gaji), kos utiliti, kos produk, kos premis.

bila total up , lama2 xberbaloi dan cakap bisnes ni susah, walhal profit margin xjaga.

tiktok shopee untung untuk pembeli bukan peniaga.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan sahaja barangan textile,aksesori..kedai makan pun dah bukak meja kat rumah ..jual lah nasi ayam ,nasi lemak,Mee. Celop siap ada delivery lag..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 11:26 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 13-9-2023 11:15 AM
tiktok shopee ni lubuk orang berlumba bunuh harga. kau jual rm 5, aku jual rm 4.50, member baru masu ...

jual body pun ada...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
chentadearhati replied at 13-9-2023 10:25 AM
daku mmg giler sopin dkt tiktok sua slack p kije dpt rm2 je. mana nk dpt kt kedai ui...
kain tebal & ...

Bundle or pre loved ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2023 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku aritu beli seluar pendek anak kay shopee RM11.90 . Ni seluar pendek untuk keluar jalan2. Kain mmg cantik dan tebal. Beli 2 dulu sebab nak tgk kualiti. Ni seller baru. Dan aku pembeli pertama. Kedai dekat KWC. Aku pergi terus ke kedai dia nak beli lagi. Tapi dia tak bagi harga online. Dia nak RM20. So aku cakap xpe, aku beli online. Sekali bukak online shopee, harga dia dah naik kan jadi RM20.90 . Cilakak betul. Kalau aku tahu, aku beli online jer terus banyak2.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by edayildiz at 13-9-2023 11:46 AM

i suka beli brg kt tiktok sbb dorg suka live..time live lg la sale kaw kaw
plg penting zass laju sampaii..tp make sure baca review dlu..blouse sana cntik cntikkk..sbb yg jual tu mmg kedai yg dlm shopee/ lazada..cuma platform yg berbeza..
btw dpn mata pun beli..dlm tiktok pun beli
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
RAUL YUSOF ni bodohlah! Inilah yang dikatakan bisnes. Kalau pihak satu dah buat cara tu, ko kenelah cari other way nak be better than that. Takkanlah ko nak kekang cara org nak berjual. Bodoh gila ko nak control rezeki org.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 11:48 AM | Show all posts

haah sis, jual ubat kuat gebu kopek. walhal letak span tilam . komen lucah2 laki gatal ada. tp kasihan komen lucah tengok beg kuning 8 unit terjual. kalau laki gatal komen jual 100 unit ke 200 unit berbaloi lah.

kaka bukan apa, daripada live tiktok dapat jual 8 unit baik pg kerja kurang gaji dpt 2500 tiap bulan. apa2 industri bukan semua orang boleh berjaya, tp kalau hati kental buat sampai jadi .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.104280 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list