Satu video tular menyaksikan seorang pengusaha katering dan kambing golek, Rohaya, 30 bercerita tentang harga barang-barang yang baru dibelinya. "Selalu kami beli cili kering satu kilogram (kg) RM28, hari ni datang market, ya Allah ya Rabbi, sekilo RM32. Bawang putih selalu beli RM5 lebih, hari ni RM9.
"Semalam beli beras 10kg RM40 lebih. Tak campur minyak lagi. Minyak paket kat sini payah cari. Jadi beli minyak botol. Dah RM30 lebih. Dua barang nak masuk RM100. "Kami yang buat katering, tak tahu macam mana nak cakap. Jenuh nak pusing modal nak beli barang. Nak dapat untung, berapa je hangpa? Sedih beli barang sebab terkejut." Katanya ia bukan sahaja memberi kesan kepada peniaga, sebaliknya turut dirasai ramai lagi isi rumah lain. "Jadi lepas ni macam mana kami nak bagi hangpa harga berpatutan dan mampu milik? Macam mana nak bagi lebih nasi atau lauk-lauk? Ya Allah, 2023 cabaran hidup memang tinggi. Kesian rakyat Malaysia.
"Rakyat Malaysia dah tak ada golongan B40. Semua jenis golongan T20 ke atas. Hebatnya Malaysia 2023," tambahnya bergurau. "Sejujurnya saya buat video untuk saya sendiri. Sebelum saya post video, barang yang saya beli sebelum tu harga murah lagi. Masuk minggu seterusnya hargai naik dari RM28 jadi RM32. "Banyak lagi kenaikan harga. Ramai yang meluah pada saya, mesej saya sebab terkesan dengan kenaikan harga barang. Dalam malaysia ni bukan semua golongan T20, banyak golongan B40. Saya faham keadaan B40. "Harapan saya pada yang berkuasa di atas tolong la cari jalan penyelesaian untuk selesaikan masalah rakyat atas kenaikan harga barang yang mendadak tidak terkawal dengan ekonomi sekarang dan cabaran hidup 2023," katanya kepada mStar. Selain mengusahakan katering, wanita dari Permatang Pauh, Pulau Pinang itu turut menjadi pembekal kambing sejak enam tahun lalu. Di ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi pengalaman mereka sendiri yang terkejut melihat peningkatan harga barang di pasaran. "Saya baru hari ini isytihar berhenti berniaga. Moga ada rezeki lain menanti. Tak sanggup dah dengan harga barang sekarang. "Kami yang cukup-cukup makan pun makan bercatu. Dah susah. Macam mana la yang betul-betul susah tu, depa makan macam mana? "Bawa RM50 boleh kira berapa barang je dapat beli," tulis beberapa netizen di TikTok. -CARI Sumber: mStar
|
SedihPedih replied at 13-9-2023 10:19 AM
entahla, nnt org atas cakap kurangkan makan sb malaysian dh obese. Yg miskin tegar tu tak tau la nk ...
JulietTheOrange replied at 13-9-2023 10:00 AM
nk tanye la..
klu peniaga naikkan harga makanan sebab kenaikan harga barang, tapi nanti kalu harga b ...
JulietTheOrange replied at 13-9-2023 10:00 AM
nk tanye la..
klu peniaga naikkan harga makanan sebab kenaikan harga barang, tapi nanti kalu harga b ...
JulietTheOrange replied at 13-9-2023 10:00 AM
nk tanye la..
klu peniaga naikkan harga makanan sebab kenaikan harga barang, tapi nanti kalu harga b ...
ADVERTISEMENT