CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabila Razali Kunci Mulut Isu Bertunang, "Saya Akan Keluarkan Lagu Baharu Hujung Bulan Ni"

12-9-2023 07:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16774| Komen: 16

Nabila Razali tak nak jawab apa-apa tentang statusnya yang dikatakan sudah bertunang dengan bekas pelumba litar Formula iaitu Nik Iruwan Nik Izani pada Ogos lalu.

"Saya tak mahu komen apa-apa buat masa ini tapi saya harap semua orang cuba menghormati kedua-dua belah pihak," katanya ketika ditemui mStar.


Foto: IG

Nabila juga meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu pertunangannya kerana bimbang ia akan mengeruhkan keadaan.

"Saya tak mahu berikan sebarang komen lagi sekiranya saya sudah bersedia saya akan kongsikan kepada semua seperti biasa.

Nik Iruwan


"Tapi saya nak pesan juga saya akan keluarkan lagu baharu hujung bulan ni jadi jangan lupa dapatkan tiket Cerita Malam Kita.

"Saya harap anda semua dapat berikan sokongan kepada saya walaupun apa yang berlaku kepada saya, bukan saya saja tapi rakan selebriti yang lain," ujarnya.



Sebelum ini, Nabila dilaporkan mengikat tali pertunangan dengan Nik Iruwan di kediamannya yang terletak di Selayang, Selangor.

Majlis itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua belah pihak.



Sebelum ini pernah tular video memaparkan Nabila bersama seorang jejaka sedang bersiar-siar di Genting Highlands.

Nabila juga pernah mengakui sedang mengenali hati budi seseorang namun enggan mengulas lanjut mengenainya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KirazMevsimi 12-9-2023 08:10 PM
takpe nenab. teruskan berahsia. kami faham. moga bertambah bahagia dan kaya. moga berjaya untuk lagu terbaru yang bakal keluar

apa tajuknyaaa. pertunanganku, rahsiaku. kayy gurau jer. okbai
Quote zuriey 12-9-2023 10:05 PM
Tak de drama terbaru ke kak nab
iols suke ko berlakon nab
Kak nab berlakon tak la kayu mcm si peah
Quote LadyCarefree 12-9-2023 11:49 PM
Gimik lagi kah?
Quote Revo2k17 13-9-2023 01:05 AM
Hensem ke?
Quote Nana_Man 13-9-2023 05:51 AM
Kalau betul bertunang, iols suka jgk. Nmpk sepadan. Nik iruwan pun tak nmpk tua mcm laki budak tu..
Quote asimilasi 13-9-2023 09:31 AM
iols suka style kak nab.. even suara biasa je.. tp rajin, kerja keras and pandai guna strategy untuk tackle market.... yg suara bagus2 semua pemalas and kedekut nak keluar modal sendiri.....
Quote September14 13-9-2023 09:36 AM
Bila google gmbr heols sorg2 nmpk la helok jugak tp bila bgambar dgn org lain nmpk beshe2 n rendah jer
Quote CiliPadiSedap 13-9-2023 09:53 AM
Edited by CiliPadiSedap at 13-9-2023 09:57 AM

[youtube]c9o8y_lM1JU[/youtube]

lagu friska suka , cuma jgn share sangat takut friska segan
Quote prince_marhaen 13-9-2023 10:09 AM
ciknab dah tak pakai manager tu lagi sebab kantoi dah ke ciknab? #silajawab

gittteww meols ganti wartawan mstar pondan nak gali cerita bagi pihak boss... ehehehehe
Quote Burong_Hantuk 13-9-2023 11:42 AM
dia nih kira puak2 penyondol kan???
Quote HoneyManjer 13-9-2023 12:38 PM
ape kene ngene tunang n nak kuar lagu baru...
nak intro tunang ko dalam lagu tuh ker...
hahaha kompius mak.....
Quote mizzmimi 13-9-2023 12:57 PM
prince_marhaen replied at 13-9-2023 10:09 AM
ciknab dah tak pakai manager tu lagi sebab kantoi dah ke ciknab? #silajawab

gittteww meols ganti w ...

Kan.. dan2 je kuar citer tunang.. betulke bertunang? Ntah2 gimik.. orang tanya elak2 plak..
Quote wirazam 13-9-2023 01:46 PM
asimilasi replied at 13-9-2023 09:31 AM
iols suka style kak nab.. even suara biasa je.. tp rajin, kerja keras and pandai guna strategy untuk ...

Kak nab nih ada degree kan..walaupun dari bidang yg berbeza..
That's why kalau ambik kerani yg ada degree or diploma..majoriti hasil kerja diaorg lebih bagus dan berkualiti dari kerani level sijil spm tuh..
Quote Prickford 13-9-2023 01:54 PM
Lahhh...lupa yg sheolls dah bertunang. Elok la tu tak canang2 pon. Aman2 je hidup. Sampai waktu, nikah.
Quote likilu 13-9-2023 01:57 PM
Apa yg berlaku kat dia n rakan selebriti yg lain?

Tragedi apa ko?
Quote adelea 13-9-2023 04:38 PM
wirazam replied at 13-9-2023 01:46 PM
Kak nab nih ada degree kan..walaupun dari bidang yg berbeza..
That's why kalau ambik kerani yg ada ...

Dia ada master degree achitecture yong …
Klu amik phd bulih Ar dah makcik nab ni

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.103527 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top