Nabila Razali tak nak jawab apa-apa tentang statusnya yang dikatakan sudah bertunang dengan bekas pelumba litar Formula iaitu Nik Iruwan Nik Izani pada Ogos lalu.
"Saya tak mahu komen apa-apa buat masa ini tapi saya harap semua orang cuba menghormati kedua-dua belah pihak," katanya ketika ditemui mStar.
Foto: IG
Nabila juga meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu pertunangannya kerana bimbang ia akan mengeruhkan keadaan.
"Saya tak mahu berikan sebarang komen lagi sekiranya saya sudah bersedia saya akan kongsikan kepada semua seperti biasa.
Nik Iruwan
"Tapi saya nak pesan juga saya akan keluarkan lagu baharu hujung bulan ni jadi jangan lupa dapatkan tiket Cerita Malam Kita.
"Saya harap anda semua dapat berikan sokongan kepada saya walaupun apa yang berlaku kepada saya, bukan saya saja tapi rakan selebriti yang lain," ujarnya.
Sebelum ini, Nabila dilaporkan mengikat tali pertunangan dengan Nik Iruwan di kediamannya yang terletak di Selayang, Selangor.
Majlis itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua belah pihak.
Sebelum ini pernah tular video memaparkan Nabila bersama seorang jejaka sedang bersiar-siar di Genting Highlands.
Nabila juga pernah mengakui sedang mengenali hati budi seseorang namun enggan mengulas lanjut mengenainya. -CARI
iols suka style kak nab.. even suara biasa je.. tp rajin, kerja keras and pandai guna strategy untuk tackle market.... yg suara bagus2 semua pemalas and kedekut nak keluar modal sendiri.....
Post time 13-9-2023 01:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
asimilasi replied at 13-9-2023 09:31 AM
iols suka style kak nab.. even suara biasa je.. tp rajin, kerja keras and pandai guna strategy untuk ...
Kak nab nih ada degree kan..walaupun dari bidang yg berbeza..
That's why kalau ambik kerani yg ada degree or diploma..majoriti hasil kerja diaorg lebih bagus dan berkualiti dari kerani level sijil spm tuh..