CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dulu Dakwa Dapat Biasiswa NASA, Sekarang Dah Jadi Perdana Fellow- Netizen Siasat, Ragu Dengan Pencapaian Azhar Ali

12-9-2023 07:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 39543| Komen: 46

Sebelum ini tular kisah seorang penuntut Malaysia bernama Azhar Ali yang didakwa ‘kantoi’ menipu menerima biasiswa daripada NASA setelah menyertai satu pertandingan reka bentuk sut angkasa lepas.

‘Kejayaan’ Azhar itu juga mendapat perhatian bekas Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin namun terbongkar setelah netizen mendapati ia adalah penipuan semata-mata.

Foto: Twitter

Azhar kemudian menjelaskan dia telah ditipu oleh pihak tertentu dan memohon maaf selain berasa sedih kerana menjadi mangsa penipuan sehingga mencemarkan namanya sendiri.

Terbaru, nama Azhar kembali menjadi perhatian setelah netizen di aplikasi X cuba mencari di mana keberadaan lelaki itu setelah insiden memalukan itu terjadi.



Difahamkan, Azhar kini merupakan seorang peserta di bawah program Perdana untuk Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri di bawah YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Namun, netizen mendakwa terdapat beberapa perkara meragukan mengenai pencapaian Azhar dan turut menggesa agar lelaki itu memberikan penjelasan sewajarnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa kredibiliti sesebuah kementerian seolah-olah tercalar dek kerana pelapis mereka ‘kantoi’ menipu dalam pencapaian dalam resume masing-masing. -CARI

Sumber: Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 12-9-2023 07:37 PM
Macam rohingya je

Quote kaedahnya 12-9-2023 07:43 PM
road to dato dr boy iman 2.0 hahhahaha
Quote Friska 12-9-2023 08:26 PM


“Anak ‘Somebody’ Ke?” – Jadi Perdana Fellow, Remaja Lelaki ‘Kantoi’ Menipu Kerja NASA Didakwa Ada Pencapaian ‘Meragukan’?
12 Sept 2023

Masihkah anda ingat mengenai kisah seorang penuntut Malaysia bernama Azhar Ali yang didakwa ‘kantoi’ menipu menerima biasiswa daripada NASA setelah menyertai satu pertandingan reka bentuk sut angkasa lepas.

‘Kejayaan’ Azhar itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Muhyiddin Yassin namun terbongkar setelah netizen mendapati ia adalah penipuan semata-mata.



Setelah diasak, Azhar kemudian menjelaskan bahawa dia telah ditipu oleh pihak tertentu dan memohon maaf selain berasa sedih kerana menjadi mangsa penipuan sehingga mencemarkan namanya sendiri.

Terbaru, nama Azhar kembali menjadi perhatian setelah netizen di aplikasi X cuba mencari di mana keberadaan lelaki itu setelah insiden memalukan itu terjadi.

Difahamkan, Azhar kini merupakan seorang peserta di bawah program Perdana untuk Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri di bawah YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.





Namun, hasil siasatan netizen, mereka mendakwa terdapat beberapa perkara meragukan mengenai pencapaian Azhar dan turut menggesa agar lelaki itu memberikan penjelasan sewajarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa kredibiliti sesebuah kementerian seolah-olah tercalar dek kerana pelapis mereka ‘kantoi’ menipu dalam pencapaian dalam resume masing-masing.

Tak ada background check ke Tengku Zafrul?



Quote CiliPadiSedap 12-9-2023 09:09 PM
friska dapat claim ratu sondol cari forum

Quote albedah 12-9-2023 09:18 PM
Bapak menipunya...
Quote Sesuatu… 13-9-2023 12:11 AM
Boleh tagteam dgn claypot uncle
Quote AverageJoe 13-9-2023 05:52 AM
wow tak serik lagi ye. maybe dia ni sejenis pathological liar agaknya
Quote she 13-9-2023 06:24 AM
Jadi dia anak siapa?
Nanti dah tahu
Roger macik
Quote kitmal 13-9-2023 06:44 AM
tunggu berita selanjutnya
Quote lurve82 13-9-2023 08:42 AM
dia ni anak sapa? confident level tinggi yach
Quote venom1 13-9-2023 08:55 AM
kalau dia peserta Istana Takeshi mungkin orang tak check hehe
Quote sarahmirza 13-9-2023 08:59 AM
Takde siapa kenal dia ke?
Kawan sekolah, kawan masa kat IPT ke?
Ke ko dh buat plastic surgery sampai takde siapa kenal...
Quote swimswim 13-9-2023 09:00 AM
Grandiose betul claimnya. Senang2 je org nk cek zaman la ni. Kalau zaman pre internet dulu boleh la ko nk claim mcm2
Quote faint_heart 13-9-2023 09:05 AM
Jgn main2 ngn netizen msia .. sampai lubang cacing dicarinya
Quote cik_ingeniare 13-9-2023 09:23 AM
tengok course dia pun meragukan.. ada ke kat Malaysia ni? tapi masa dia famous sebab tipu biasiswa NASA tu mmg kecoh dekat twitter.. sampai ke PM masa tu pun congratulate dia.. hahahahaha
Quote pocongkiutss 13-9-2023 09:33 AM
swimswim replied at 13-9-2023 09:00 AM
Grandiose betul claimnya. Senang2 je org nk cek zaman la ni. Kalau zaman pre internet dulu boleh la  ...

Tapi tulah masalahnya biasanya org tak check..mungkin dia ni jenis sembang lebat

Uols tgk je la kes zuraida mak lampir menipu degree & beberapa politician lain tu pun sama..senang nau menipu zaman skrg ni..melainkan kalau ada org korek sahkan info baru la kantoi diorg ni
Quote maharani_gebu 13-9-2023 10:41 AM
ni geng-geng lebai lar ni... konon ade degree ade master bagai.... hujung-hujung sijil sekolah pondok semata
Quote prettyuglybabe 13-9-2023 01:15 PM
sarahmirza replied at 13-9-2023 08:59 AM
Takde siapa kenal dia ke?
Kawan sekolah, kawan masa kat IPT ke?
Ke ko dh buat plastic surgery sampai ...

memang takde orang kenal la sebab course dia amik tu pun tak wujud kat UM
Quote kucingitam 13-9-2023 01:28 PM
AI ke dia ni? apsal lain gambar dulu dgn sekarang?

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.036408 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top