|
Sedia maklum, Caprice lantang bersuara tentang isu berkaitan jenayah seksual melibatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab termasuk golongan agamawan. Meskipun dikecam hebat dituduh membuka aib tertuduh namun Caprice atau Azri Ramli tetap dengan pendiriannya menyebarkan jenayah seksual yang dilakukan agar dapat menjadi iktibar dan pengajaran kepada orang lain.
Caprice berpendapat individu yang sentiasa menggunakan alasan aib mungkin menjadi penyebab insiden sama berlaku berulang kali. Kata Caprice, perkara itu menjadi senjata buat pesalah untuk terus bebas melakukan perbuatan jijik itu kerana sedar masih mendapat 'sokongan' daripada masyarakat yang menutup kejadian di sebalik menjaga aib. "Yang sibuk guna alasan aib, nanti kalau anak perempuan korang kena raba dan cikgu ke apa... Jangan post, jangan cerita dekat siapa-siapa.
"Terus buat laporan polis dan duduk diam. "Sebab itu kot ramai predators dekat luar sana bebas dan berani buat kerja jijik... Sebab dia tahu ada masyarakat masih bodoh," katanya di Instagram.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.062703 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.