Banyak pencapaian diraih penyanyi cantik, Dewi Liana Seriestha sejak menceburi dunia seni lebih 20 tahun lalu. Selain menjadi juara Bintang Kecil RTM 2000, anak kelahiran Kuching, Sarawak itu mewakili Malaysia ke pertandingan ratu cantik dunia 2014 sekali gus dipilih sebagai Miss World Talent.
Pencapaian Dewi yang berusia 34 tahun tidak ternoktah di situ apabila dia sekali lagi mengharumkan nama negara menerusi kemenangan pingat emas dan tiga pingat perak di World Championship of Performing Arts. Satu per satu kemenangan diraih, namun nama penyanyi itu masih ‘samar-samar’ dalam dunia hiburan tanah air. Dewi, ketika ditanya tentang perkara itu memaklumkan tidak kecewa andai kata dia masih belum meniti tangga populariti teratas.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
5-12-2023 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.025043 second(s), 30 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.