CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Tunggu balasan Allah' - Mat Over

12-9-2023 05:37 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 15951| Komen: 108

Pelakon dan pelawak Sulaiman Yassin atau Mat Over menarik perhatian netizen apabila meninggalkan komen seolah-olah kurang senang dengan aksi mesra dan romantis aktres Janna Nick sewaktu memeluk suaminya, Dini Schatzmann di lapangan terbang, kelmarin.


Menerusi komen yang ditinggalkan, pelakon berusia 71 tahun itu menegur perbuatan Janna dan suaminya bermesra secara terbuka di tempat awam, seolah-olah ingin menunjuk kebahagiaan mereka.


“Walaupun suami isteri, tapi kalau niat ingin menunjuk-nunjuk pada orang ramai yang kita pasangan bahagia, tunggulah balasan daripada Allah SWT,” komen Mat Over.

Bagaimanapun, kata-kata yang ditinggalkan pelakon yang pernah membintangi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu tidak dipersetujui netizen apabila menganggap apa yang dilakukan Janna dan suaminya adalah perkara biasa bagi pasangan suami isteri.

Malah, ada yang berpendapat bahawa Mat Over mungkin berasa cemburu melihat kemesraan yang dikongsi pasangan selebriti yang bahagia hidup bersama itu.


Rata-rata, netizen menganggap kemesraan yang ditunjukkan itu tidak keterlaluan selain meminta pelakon veteran itu untuk periksa semula hati sendiri.

Menerusi video yang dimuat naik Janna dalam Instagram, kelihatan pasangan suami isteri itu berpelukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berpisah.


Janna yang manis bertudung dilihat tidak dapat menahan sebak apabila memberi lambaian terakhir buat Dini apabila terpaksa meninggalkan jejaka berusia 29 tahun itu selama dua minggu kerana mengerjakan umrah selain terlibat dengan penggambaran sebuah drama di Tanah Suci Makkah.

Kata Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner, perpisahan ‘sementara’ dengan suaminya itu sangat sukar buat dirinya.

Terdahulu, pada 17 Mei 2017, Mat Over menjadi perhatian netizen apabila bertindak menampar penerbit David Teo yang sedang mengemukakan soalan semasa sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 


Sumber: HibGlam

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 12-9-2023 06:00 PM
aku rasa terganggu tengok bahu laki dia ni
#donebahushaming
Quote opie5662 12-9-2023 06:37 PM
Alahai pakcik... Jgn la tersakiti sgt. Block saja.. Setel. Kalau die ada depan2 kapel ni mau kene lempang mcm david teo agaknya... Hahahahaha
Quote babynina30 12-9-2023 06:40 PM
uori: aku rasa terganggu tengok bahu ...


Bahu jatoh tak segak dan tegap  ke mcm i pikir  ?
Quote rainbowrainz 12-9-2023 06:43 PM
Sila silalah Komen dulu ye..
Quote immortallez 12-9-2023 06:43 PM
Aku sejak dia lempang David Teo tu mmg aku terus nyampah kt Pak cik ni. Kau ingat kau tu siapa sesuka ati je nk jatuhkan hukum. Tak kan tak pernah tgk suami isteri hugs sebelum berpisah nk naik flight. Gile ke apa dia ni
Quote Dolmat 12-9-2023 06:44 PM
Pokcik Mat Over.... cer tengok gambor adek meklopak Little Miss Cu*t adek iPAQ bustaz Harris .. jgn POKCIK bawak gambor dia gi bilik air sudahhhhh ..



Quote LadyCarefree 12-9-2023 06:46 PM
Ok je Janna dan Dini tu. Langsung xde apa yg over. Malah mereka nampak berhati2 jangan melampau.
Quote sleepandream 12-9-2023 06:49 PM
deme tak berciom pun khen...
Quote shida81 12-9-2023 06:56 PM
Ak pg td pun nampak couple yg mcm ni kt depan opis.. Laki dia trunkan bini dia.. Mcm biasa Salam2..pastu cium2 pipi kiri kanan.. Sekali pandang ak nampak mcm tgh bergomol ... Tanjat ak.. Pagi2 buta mcm ni
Quote abadi84 12-9-2023 07:03 PM
immortallez replied at 12-9-2023 06:43 PM
Aku sejak dia lempang David Teo tu mmg aku terus nyampah kt Pak cik ni. Kau ingat kau tu siapa sesuk ...

Dia mmg dah over sejak sblm lemoang david teo lagi.
Masa anak dia lwn bola sepak, ada pelanggaran dgn anak dia then anak dia jatuh.
Sekali dia boleh masuk pdg gi terajang org yg langgar anak dia.
Patutnya anak tu suruh main anak patung barbie jer kat rumah.
Main bola buat ape.
Baran jer keje.
Quote Lampuled 12-9-2023 07:06 PM
Tak de apa yg over pun. Biasa je.. normal lah nk berjauhan.
Quote Suchi 12-9-2023 07:06 PM
Toksah la sebut balasan Allah
Dan mcm org tu buat menda bukan2 plak
Doa yg baik2 je la atok
Sesama artis pun nak komen yg bukan2
Biasanya artis ni kalau komen kt ig artis lain puji2 je
Jarang plak depa mengata, hat ni dh jadi nurtizen plak ye.
Quote syamzana 12-9-2023 07:12 PM
hihi ape yg tersakiti sgt pakcik ni pun.
kesian org tu baru nikoh fasa hanimun lg nak kene tgl berjauhan
Quote scarflicious 12-9-2023 07:24 PM
Aku yg dah 23 kahwin pun peluk cium laki aku before gi kerja. Dengki je acik ni
Quote RoseLuna 12-9-2023 07:33 PM
abadi84 replied at 12-9-2023 07:03 PM
Dia mmg dah over sejak sblm lemoang david teo lagi.
Masa anak dia lwn bola sepak, ada pelanggaran  ...

Sesuailah dgn nama dia Mat Over

Quote asfaz 12-9-2023 07:37 PM
Cobaan nak up kan diri yg sendu ke pokcikk... Bukan diaorg beromen pun kat situ
Quote anggeriklatifah 12-9-2023 07:41 PM
Kau dah kenapa atok tua oii
Kami warga forum cari pon takde nak sampai cakap camtu taww
Quote dua_chzy 12-9-2023 07:41 PM
Overnya si Mat Over ni. Mudah2an kau pula yang kena balas.
Quote sharlenetexas 12-9-2023 07:42 PM
uori replied at 12-9-2023 06:00 PM
aku rasa terganggu tengok bahu laki dia ni
#donebahushaming


Pakai je shoulder pad tebal.

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.039002 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top