"Anak-anak pun tak mahu 'daddy' baru," kata penyanyi, Azharina Azhar, 38, yang sudah 17 hidup sebagai ibu tunggal. Azharina berkata, hidupnya juga sudah lengkap bersama dua anak angkatnya, Rahmat Azharin, 9, dan Redha Azharin, 6.
"Hidup saya tidak pernah sunyi walaupun sudah 17 tahun melayari kehidupan sebagai ibu tunggal," katanya ketika diminta mengulas sama ada dia sudah bertemu pengganti selepas bercerai dengan ahli perniagaan sejak 2008. "Saya pernah berkahwin dan bercerai sebelum ini. Saya juga sudah ada anak yang melengkapkan hidup bersama keluarga. Hubungan dengan bekas suami pun masih baik. "Jadual saya juga penuh setiap hari dengan pelbagai urusan karier seni dan perniagaan hingga kadang-kadang masih berjaga hingga jam 4 pagi. "Saya tak nak harap lebih pun dalam hidup dan sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan ketika ini," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya jika ada seseorang yang cuba mendekati, kata Azharina, tiada lelaki yang berani mengisi kekosongan hatinya setakat ini.
|
ADVERTISEMENT