PETALING JAYA – Disebabkan seleranya sudah bertukar, seorang pelancong asing dari Bahamas ‘menyelar’ Malaysia. Menggunakan nama Lilith di TikTok, dia yang gemar mengembara mengakui tidak dapat melupakan keenakan pelbagai jenis makanan yang terdapat di Malaysia.
“Malaysia kita ada masalah okay. Kerana awak telah merosakkan mulut, khususnya selera saya kerana sekarang saya berada di Bahamas. “Saya tidak boleh berhenti membandingkan makanan yang bukan hanya Bahamas, tetapi hampir di mana-mana sahaja saya pergi seperti Thailand contohnya. “Bagaimana saya rasa suka seperti ini? Saya harap saya kembali ke Malaysia. Perut saya boleh menjadi lebih gembira,” katanya. Dia turut berkongsi bahawa dia seorang yang sangat cerewet tentang makanan dan bertanya adakah dia perlu berpindah ke Malaysia. “Adakah saya hanya perlu berpindah ke negara yang makanannya terkenal. Dulu saya seorang pemilih makanan dan saya pergi ke sana (Malaysia), akan mencuba pelbagai benda.
“Sekarang lihat apa yang telah anda lakukan kepada saya? Fikirkan tentang apa yang telah anda lakukan,” ujarnya. Video tersebut menerima pelbagai reaksi rakyat Malaysia yang terhibur dengan kenyataannya itu. “Mari, roti canai panggil kamu kembali,” kata Yuri Yukikaze. “Bagi pihak rakyat Malaysia, saya sangat memohon maaf. Saya merasakan perkara yang sama setiap kali saya melancong ke luar negara,” kongsi ChianChianCute. “Rakan saya dari Australia juga terus mengatakan kopi Malaysia paling sedap di dunia,” kata Fifizack. – CARI Sumber: Kosmo
|
elzy replied at 12-9-2023 04:49 PM
Kalau kita di negara mereka, jangan haraplah dapat layanan mesra..
Jenis ni memang suka up-up Malays ...
prettyuglybabe: kalau nak cepat glamour, puji ...
prettyuglybabe replied at 12-9-2023 05:02 PM
kalau nak cepat glamour, puji makanan indon dek..
nanti kau boleh duduk free kat sana..
Sazreena replied at 12-9-2023 08:54 PM
Huntunglah muka ko tantek..
pinksarah replied at 12-9-2023 09:11 PM
bab kopi malaysia paling sedap tu betul
evlinne replied at 12-9-2023 08:59 PM
Muka below par
Ko biar betul muka gini cop cantik? Lamberttt lgi
naina replied at 12-9-2023 07:31 PM
Minah Saleh yang kwen dengan Indon sana pun kemain lawa bak patung ehhhh
Yang dari Rusia tu
ADVERTISEMENT