Aliff Aziz memberitahu isterinya, Bella Astilah akan menemaninya bersama-sama dalam All Stars Gegar Vaganza (GV10) yang akan bermula pada 24 September ini. Kata Aliff, Bella sentiasa menjada kebajikan dirinya dan sering berpesan supaya dia menjaga kesihatan mulai sekarang sebagai persediaan menghadapi pertandingan nyanyian itu.
“Insya-Allah Bella akan datang teman saya nanti. Bella kata, dia pun sangat teruja dengan penglibatan saya kali ini. “Bella juga ada pesan supaya jaga kesihatan dan ‘put in the work’ sebab tiada jalan singkat untuk berjaya. “Banyak usaha yang saya perlu lakukan kerana kami dalam pertandingan itu nanti ibarat seperti atlet vokal yang perlukan latihan dan sebagainya,” katanya kepada Gempak.
Meskipun bakal bersaing dengan nama-nama besar industri nyanyian, Alif memberitahu dia tidak meletakkannya sebagai tekanan untuk berlawan sesama peserta. “Memang satu penghargaan apabila saya dapat bertanding sebaris dengan nama-nama sebar seperti Jaclyn Victor, Aishah dan ramai lagi tetapi saya tak letak posisi saya sebagai mahu berlawan-lawan sebab mereka semua memang hebat-hebat malah range suara pun berbeza. Jadi tak boleh nak dibandingkan.
“Cuma saya cuba hendak berikan yang terbaik dan enjoy dengan persembahan saya nanti. Saya mahu menjadi seorang penyanyi yang mempunyai versi lebih baik daripada sebelum ini. “Saya mahu fokus pada diri dan persembahan saya supaya saya dapat perbaiki untuk jadi lebih baik dari minggu ke minggu,” ujarnya lagi.
Selain Aliff, turut bertanding ialah juara musim pertama, Ayai Ilusi, Siti Nordiana (musim kedua), Azharina (musim ketiga), Datuk Aishah (musim keempat), Noryn Aziz (musim kelima), Naqiu dan Hadi Mirza (musim keenam), Cliff Umar (musim ketujuh), Aliff Aziz (musim kelapan) dan Jaclyn Victor (musim kesembilan). -CARI Sumber: Gempak
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|