CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3675|Reply: 16

Bella Astillah Sentiasa Jaga, Ikut Ke Mana-Mana Aliff Aziz Pergi

[Copy link]
Post time 12-9-2023 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Aliff Aziz memberitahu isterinya, Bella Astilah akan menemaninya bersama-sama dalam All Stars Gegar Vaganza (GV10) yang akan bermula pada 24 September ini.


Kata Aliff, Bella sentiasa menjada kebajikan dirinya dan sering berpesan supaya dia menjaga kesihatan mulai sekarang sebagai persediaan menghadapi pertandingan nyanyian itu.


Foto: IG




“Insya-Allah Bella akan datang teman saya nanti. Bella kata, dia pun sangat teruja dengan penglibatan saya kali ini.


“Bella juga ada pesan supaya jaga kesihatan dan ‘put in the work’ sebab tiada jalan singkat untuk berjaya.


“Banyak usaha yang saya perlu lakukan kerana kami dalam pertandingan itu nanti ibarat seperti atlet vokal yang perlukan latihan dan sebagainya,” katanya kepada Gempak.


  



Meskipun bakal bersaing dengan nama-nama besar industri nyanyian, Alif memberitahu dia tidak meletakkannya sebagai tekanan untuk berlawan sesama peserta.


“Memang satu penghargaan apabila saya dapat bertanding sebaris dengan nama-nama sebar seperti Jaclyn Victor, Aishah dan ramai lagi tetapi saya tak letak posisi saya sebagai mahu berlawan-lawan sebab mereka semua memang hebat-hebat malah range suara pun berbeza. Jadi tak boleh nak dibandingkan.




  



“Cuma saya cuba hendak berikan yang terbaik dan enjoy dengan persembahan saya nanti. Saya mahu menjadi seorang penyanyi yang mempunyai versi lebih baik daripada sebelum ini.


“Saya mahu fokus pada diri dan persembahan saya supaya saya dapat perbaiki untuk jadi lebih baik dari minggu ke minggu,” ujarnya lagi.




  



Selain Aliff, turut bertanding ialah juara musim pertama, Ayai Ilusi, Siti Nordiana (musim kedua), Azharina (musim ketiga), Datuk Aishah (musim keempat), Noryn Aziz (musim kelima), Naqiu dan Hadi Mirza (musim keenam), Cliff Umar (musim ketujuh), Aliff Aziz (musim kelapan) dan Jaclyn Victor (musim kesembilan). -CARI


Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2023 12:03 PM | Show all posts
bagus la....
kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahkah.dh laki hg liar mcm singa jantan. Plus, dia dgr sepia gerak solo... troma beb. !!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 01:17 PM | Show all posts
Eloklah dia jaga laki dia. laki elok pulak
kalau apa2 jadi korang salahkan dia lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 05:46 PM | Show all posts
tin biskut kemek dalam ketakutan bila peah birah dah single.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 09:43 PM | Show all posts
apa yg wow sgt suara si alip ni pon iols taktau...
lemak merdu lagi suara ezad...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2023 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung alip tak payah susah2 nak pasang bodyguard
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sopia sila sondol lagi sekali
i restu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2023 04:28 AM | Show all posts
Sopia sila sondol lagi sekali
i restu
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 09:32 AM | Show all posts
leceh jugaa... sepatutnya jadi isteri.. laki yg rasa insecure... ni terbalik pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
She kena bersama husband sebab husband handsome dan segak sekarang.

Dia dah tak mau ada wanita tak sengaja tersuka, laki pon mudah tergoda. So x boleh bagi ruang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Biar kan la dia jaga laki dia. Dah laki dia. Bukan dia sondol laki org lain.
Elok la jaga rumahtangga. Kesian kat anak2 kalau cerai. Takan nak ikut je nafsu nak menggatal kat pompuan lain pulak kan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Aliff ni bijak pilih lagu n pandai amik hati juri. Xmustahil dia antara colan2, juara jugak. Dia jenis kl student , study smart bukan hard . Pastu jenis student Guna kabel. Kalau dlm gv ni, aliff ni Guna kabel Rupa hensem la
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Manusiabesa replied at 12-9-2023 12:10 PM
Kahkah.dh laki hg liar mcm singa jantan. Plus, dia dgr sepia gerak solo... troma beb. !!!!

Penat lah jadi Bella ni, rasa insecure sentiasa. Patut dari awal dh tinggalkan si Aliff dah. Cari la lelaki yg gilokan kita, takut  kehilangan kita dari sebaliknya. Kita ni perempuan ok, biar lelaki ygchase kita. Part kita hanya buat laki gilakan kita, time kat opis ke kat luar ke biar dia x senang duduk.. sentaisa nak balik uma cepat tgk muka bini
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 11:40 AM | Show all posts
si alipp nih masik kaki minum x??
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 11:59 AM | Show all posts
aah ikut la kemana-mana.. masa gv9 konsert pembukaan laki ko elok je, sekali spoil bini kat sebelah muka macam taik main fon.. tengah check fon laki ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2023 12:01 PM | Show all posts
Alip takde susah2 nak ikut bini, bini dok menggedik joget2 dgn jantan kat tiktokkk
Ingat laki dia nak jeles lah tu.. Tak manis sistur, ko bini org dok tergedik-gedik ngn jantan2 ramai2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.387282 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list