CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alif Satar Tak Selesa Kongsi Pengalaman Haji, Bimbang Dianggap Riak

12-9-2023 10:59 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2144| Komen: 3

Enggan dituduh riak, artis versatil, Alif Satar, 33, kurang selesa berkongsi pengalaman mengerjakan ibadah haji, baru-baru ini.

Namun, Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Alif Mohd Satar akhirnya sedar, sedikit perkongsian dalam platform YouTube boleh dianggap dakwah kecil buat generasi muda yang meminatinya.



Ujar penyanyi lagu Jangan Nakal itu, pengalaman menunaikan haji pada usia muda memberikan impak berbeza. Jadi, tidak salah berkongsi sebahagian pengalaman berharga itu.

"Saya bimbang nak cerita pengalaman, risau dikatakan macam saya seorang sahaja pernah buat haji. Namun, bila difikirkan balik, ia juga dakwah kecil. Hasil perkongsian ini mungkin mampu memberikan inspirasi.

"Saya akui, jauh daripada sempurna, tetapi tidak salah jika dapat mengajak orang lain melakukan kebaikan.

"Contohnya, saya didatangi peminat remaja berusia 17 tahun yang sudah mengikuti saya sejak usia 7 tahun lagi ketika mengadakan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas, baru-baru ini.


"Jadi, saya berharap kisah inspirasi seperti ini sedikit sebanyak membekas di hati mereka," katanya kepada BH Online.


Bagi Alif, gelaran 'haji' tidak menghalangnya terus tampil dalam naskhah drama, filem mahupun muzik.

Alif berkata, dia tidak pernah selektif memilih watak. Sebaliknya, dia sudah meletakkan batasan, lebih-lebih lagi selepas bergelar suami dan bapa.

Justeru, Alif berkata, kepulangannya daripada menunaikan haji Julai lalu tidak merubah apa-apa pendiriannya, terutama dalam soal batasan dalam lakonan.

"Sejak dulu, saya tidak pernah bersikap selektif, namun setiap watak dilakonkan perlu ada batasan.

"Sebab itu, saya tak letak apa-apa syarat kerana sentiasa menjaga disiplin dalam pekerjaan yang dilakukan.

"Sebelum menunaikan haji, saya tak pernah buat perkara bukan-bukan termasuk lakonan.

"Jujurnya, saya sukakan karakter berbeza seperti antagonis, barulah dapat buktikan kemampuan sebagai pelakon," katanya ketika ditemui pada sidang media filem Anak Perjanjian Syaitan 2, baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman berlakon filem bergenre seram, Anak Perjanjian Syaitan 2 arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Alif berkata, ia memberi sedikit tekanan kepadanya.

Katanya, dia terpaksa ubah jadual harian kerana penggambaran dilakukan sebelah malam.


"Saya suka bangun pagi, hantar anak ke sekolah dan kemudian, berjoging. Namun, jadual harian berubah apabila penggambaran pada malam.

"Saya juga terpaksa tolak tawaran persembahan makan malam. Bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana ingin meneroka sesuatu yang baharu dalam bidang perfileman," katanya.


SUmber: BH Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pembacagosip 12-9-2023 11:07 AM
ok bagus dok senyap2 je
jgn humble drag
Quote one_aiman 12-9-2023 12:18 PM
boleh dah kot kurangkan poyo tu
Quote asimilasi 13-9-2023 03:26 PM
sepatutnya kalu tak nak share, dari awal lagi jangan share.... dlm IG story waktu buat haji penuh je upload.... yang betul2 tak share waktu buat haji kak ratu.... sipi2 je sheols letak...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.042852 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top