CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JKM Tak Nafi Pengemis Asing Meningkat

12-9-2023 10:48 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2214| Komen: 15

Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak menafikan wujud peningkatan jumlah pengemis warga asing di ibu negara bagi lapan bulan pertama tahun ini berbanding tahun lalu.

Ia berdasarkan rekod pengemis diselamatkan dalam Operasi Membanteras Pengemisan dijalankan agensi itu bersama pihak berkuasa lain.


Pengarah JKM Kuala Lumpur, Che Samsuzuki Che Noh berkata, seramai 560 pengemis ditahan pada Januari hingga Ogos lalu dengan 380 warga asing manakala 180 rakyat tempatan.

Gambar hiasan

Katanya, jumlah itu berbanding 234 pengemis pada 2022 iaitu 98 bukan warga negara dan 136 lagi pengemis tempatan.

"Mereka ditahan menerusi 63 operasi berjadual dan 14 kali operasi ad hoc yang dibuat berdasarkan aduan awam. Wang pungutan berjaya diperoleh adalah RM9,885, tertinggi setakat ini," katanya.

Mengulas lanjut statistik itu, Che Samsuzuki berkata, 67 daripada pengemis diselamatkan kanak-kanak warga asing, selain 10 pengemis orang kurang upaya (OKU) bukan warga negara.


"Warga emas yang kita dapat selamatkan seramai 75 warga negara, 25 orang bukan warga negara," katanya.

Beliau berkata, kebanyakan pengemis terutama kanak-kanak warga asing tertakluk di bawah Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), menyukarkan tindakan diambil.

"Ini melibatkan dasar. Saranan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) selesaikan (masalah ini) dengan UNHCR," katanya.

Menurutnya, JKM juga tidak boleh bertindak agresif terhadap pengemis kategori itu kerana 'perlindungan' di bawah undang-undang antarabangsa.

"Kakitangan awam seperti kita ini tertakluk kepada punca kuasa. Kalau tiada punca kuasa, kita tak boleh nak bertindak. Jadi punca kuasa itu yang diperlukan sekarang ini. Kena ada penyelesaian isu pengemis warga asing yang dilihat semakin menjadi-jadi," katanya.

Che Samsuzuki berkata, pengemis warga asing diselamatkan mempunyai dokumentasi diserahkan kepada Imigresen, manakala pengemis lain ditempatkan di transit gelandangan atau Pusat Sehenti Bina Diri Sungai Buloh.

Beliau memberitahu operasi bersepadu akan terus dilaksana pihaknya bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Katanya, turut dilaksana kempen advokasi Bijak Memberi, Elak Tertipu untuk memberi kesedaran kepada rakyat agar tidak terpedaya dengan pengemis yang mengambil kesempatan, selain menyalurkan aduan ke Talian Kasih 15999.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manop 15-9-2023 08:33 AM
Turun la padang tengok sendiri.....
Quote tungkai 15-9-2023 08:47 AM
Menurutnya, JKM juga tidak boleh bertindak agresif terhadap pengemis kategori itu kerana 'perlindungan' di bawah undang-undang antarabangsa.


No wonder la kebal katanya. Bukan ke Malaysia takde sign for UNHCR treaty so tak terpakai kebal tak kebal ni...???
Quote CiliPadiSedap 15-9-2023 09:14 AM
tungkai replied at 15-9-2023 08:47 AM
No wonder la kebal katanya. Bukan ke Malaysia takde sign for UNHCR treaty so tak terpakai kebal ta ...

memang kebal, bawa kenderaan langgar rakyat malaysia xblh claim insurans. dia orang mana ada lesen insurans. kasihan kan jd rakyat ? asyik ditindas je. warga asing di bela di ternak anak emas.
Quote kemaruk 15-9-2023 09:21 AM
Office unhcr dekat jalan bellamy tu dah macam kedutaan rohingya dah

Ermmm dapnye ikan bakar
Quote Kurex 15-9-2023 09:23 AM
Leluhur parashit paling hina dan terkutuk di atas muka bumi
Quote dani-rox 15-9-2023 09:24 AM
Ke UNHCR yg kerahkan rohingla nih jd pengemis?
Quote bulalof 15-9-2023 09:25 AM
berani sikit la malaysians. dorang baru agah2 mintak derma kita dah kecut. show to them whos the boss here.
Quote FOTHER-MUCKER 15-9-2023 09:37 AM
[youtube]yTvXRpERk-4?si=nq3K-Mr2KVhy_T6m[/youtube]
Quote edayildiz 15-9-2023 09:39 AM
kat area ofis i tiber muncul pakcik roghinya jual tissue tp kaki dia jalan senget senget mcmtu..tiberrrrr lakkkkk muncul ..dh la pagi pagi kot. nk drive lelaju.mmg tkde nya org nk beli tissue..i xsimpati langsung wpn i ni jnis cpt tersentuh tp tidakk kt kes kes pengemis mcmni
Quote felinecat 15-9-2023 09:44 AM
Kt nsk dh viral, pasal cashier warga asing simpan minyak peket untuk Geng2 die. Gila lah. Rakyat malaysia xdpt minyak sunsidi
Quote umbut 15-9-2023 10:03 AM
Tgh makan kat kedai, penggemis rohingya rasanya,  campak tisu kat meja soh bagi duit memaksa bagi sedekah
Quote shamsadis 15-9-2023 10:23 AM
sebab kita takut dengan UNCHR, pengemis warga asing berani
Quote miss_white 7-9-2024 02:27 PM
felinecat replied at 15-9-2023 02:44 AM
Kt nsk dh viral, pasal cashier warga asing simpan minyak peket untuk Geng2 die. Gila lah. Rakyat mal ...

Cashier warga asing bangsa apaNsk patut pecat pekerja warga asing dis tu
Kerja cashier berani buat perangai
Buang je dia
Quote miss_white 7-9-2024 02:33 PM
Rohingya angkut barang naik basikal bila polis nk ambil tindakan

Btol2  mencemar kn pemandangan
Kite rakyat malaysia pun xangkot barang2 penuh satu basikal masuk  jln besar
Satu malaysi dia bwk basikal dia kt jln2 utama

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.118983 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top