CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jejas 'Periuk Nasi' Pelatih Tempatan

12-9-2023 10:44 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2871| Komen: 30

Kuala Lumpur: Persatuan Pengunting Rambut Bumiputera Malaysia (MBBA) memohon kerajaan menilai semula keputusan membuka pengambilan masuk pekerja asing bagi sektor itu berikutan menjejaskan industri dan peluang kerja tenaga mahir tempatan.


Presidennya, TN Winda Mohd Tahir berpendapat, tiada keperluan mengambil pekerja asing kerana kemahiran anak tempatan sudah mencukupi bagi menawarkan perkhidmatan terbaik.

Gambar hiasan

Saban tahun katanya, negara melahirkan ramai tukang gunting profesional lepasan dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), GiatMara dan pelbagai pusat akademi dan kemahiran lain yang diiktiraf kerajaan.

"Kita agak terkejut dan kesal dengan keputusan kerajaan biarpun sebelum ini dalam mesyuarat yang dihadiri bersama kementerian berkaitan kita sudah nyatakan perkara ini.

"Dari dulu memang kita tidak setuju mengambil pekerja asing mengisi perkhidmatan ini kerana jelas Malaysia ada tukang gunting profesional dari anak tempatan yang keluar dari pelbagai institusi bertauliah.


"Kesannya bukan saja persaingan kepada industri, malah menjejaskan peluang kerja anak tempatan yang berkemahiran dalam bidang ini," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan kerajaan menawarkan kuota pengambilan 7,500 pekerja asing dalam tiga subsektor perkhidmatan tukang gunting rambut dan emas serta pekerja tekstil yang dibekukan sejak 2009.

Mengulas lanjut, beliau berkata, isu lain yang dipertikaikan sama ada pekerja asing itu melepasi piawaian menggunting rambut di Malaysia.

"Dasar kerajaan menetapkan, perkhidmatan termasuk penggunting rambut perlu terampil menerusi kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan 3.

"Apabila pekerja asing ini dibawa masuk, adakah mereka ini mempunyai kelayakan menggunting rambut mengikut standard ditetapkan?

"Isu ketiganya perlu dilihat, tidak perlu membawa masuk dengan jumlah sebegitu ramai kerana ini hanya menguntungkan sebelah pihak yang berniaga saja sedangkan apa nasib anak tempatan yang ada kemahiran ini?" katanya MBBA saja mempunyai lebih 10,000 keahlian.

Justeru, katanya penilaian semula secara menyeluruh perlu dilakukan sebelum membenarkan kemasukan pekerja asing sektor itu.

"Yang terbaik kami berharap kerajaan dapat meneliti semula keputusan ini kerana memang tiada keperluan pun ambil orang luar apabila tenaga mahir anak tempatan sedia ada pun sudah ramai.

"Kalau pun mahu ambil pekerja asing bukan dalam jumlah ramai sangat dan sudah pasti perlu buktikan kemahiran mereka bertauliah sekurang-kurangnya SKM Tahap 2, supaya hasil guntingan mereka mengikut standard negara kita," katanya.

Jumaat lalu, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar ketika mengumumkan keputusan kerajaan berkata, kementeriannya bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperhalusi mekanisme bersesuaian untuk melaksanakan perkara itu.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 12-9-2023 10:47 AM
Pemimpin Melayu sayang Bangla, Indon, Pakistan, Nepal, Rohingya, Bosnia, Vietnam sejak zaman Ketuanan Melayu UMNO
Quote pembacagosip 12-9-2023 10:49 AM
utama kan la anak sendiri
dari anak angkat
Quote Triple_8 12-9-2023 12:04 PM
Ini semua sebab Melayu malas.
Quote beautifulorchid 12-9-2023 12:20 PM
ini semua cubaan dan usaha nak bawak msuk keling keling dr India... padahal banyak je tenaga mahir dlm malaysia.. bodoh kerajaan madani.. kera di hutan di susukan ..anak sendiri mati kelaparan
Quote dekmieDandy 12-9-2023 12:28 PM
aku ni lama dah tak gi mamak/india gunting rambut ni

gi kedai melayu best, bersih, aircond kuat, untung dapat barber comei

tapi harga la mahal sikit, tapi tak kisah sangat
Quote n3ar 12-9-2023 12:34 PM
aku tak suka g mamak & india gunting rambut..

kalau melayu mahal sangat plak..dibantainya rm30 hari tu siap cuci rambut..aku ingat dalam rm15 boleh lagi gunting saja..tau2 dia dah syampoo rambut..

selalu g kt kedai acheh...rm10 ke rm12 je...yg cekik darah ada yg sampai rm15
Quote noor2 12-9-2023 02:46 PM
Anak lelaki aku no.2 dia kata kawan dia kat University siap gunting rambut kawan2..seorang caj RM10..gunting pun lawa ala2 salon...bnyk duit budak ni dpt tiap bulan..
Quote Skuau 12-9-2023 03:00 PM
beautifulorchid replied at 12-9-2023 12:20 PM
ini semua cubaan dan usaha nak bawak msuk keling keling dr India... padahal banyak je tenaga mahir d ...

keseimbangan antara kaum bumi,cina,dan india penting tuk kekalkan kuasa...x cukup ngn apa yg ada...kita import..
Quote Jitu 12-9-2023 03:46 PM
aku gunting sendiri je jimat  
tak perlu nak stail sangat
buat stail belah tepi napi je
Quote mrseller 12-9-2023 05:33 PM
Melayu gunting rm30 kedai hipsterz mamak15 hengget kedai basic. Result sama rambut kemas. Pilih
Quote ifanonline 12-9-2023 05:36 PM
melayu nak cepat kaya...charge mahal sangat...kalau termasuk cukur bulu ari-ari bleh tahan la gak
Quote Decaffeinated 12-9-2023 06:40 PM
Cina ada bising tak? Serius ni tanya.
Quote namr 12-9-2023 07:05 PM
amiklah warga asing ganti menteri hanat ni
Quote Firenzza 12-9-2023 07:35 PM
Nape muntri sumber manusia dr dulu India, mot plk cina?
Quote shamsadis 12-9-2023 08:08 PM
tiada keperluan membawa masuk warga asing untuk menjadi tukang gunting rambut, tiada keperluan.

kajian siapa ni? kerajaan Madanon kalu tak menganiaya rakyat sendiri tak sah agaknya, ke jual manusia?
Quote brego 12-9-2023 10:28 PM
semua pasal duit la

banyak pihak dapat share dan komisyen
for every immigran yang masuk bekerja dalam negara nih

itu pasal mereka gigeh bawak masuk ramai2 ke negara nih
Quote Firenzza 12-9-2023 10:31 PM
mrseller replied at 12-9-2023 05:33 PM
Melayu gunting rm30 kedai hipsterz mamak15 hengget kedai basic. Result sama rambut kemas. Pilih

Tp melayu kena byr loan umah, byr anak sekolah, tanggung mak bpk tua, wife mgkin x keja berbanding bangla rumah pun majikan provide.....
Quote JunkMail 12-9-2023 10:32 PM
Jual beli manusia lebih untung maaa... tukang gunting, nurse, amah, tukang sapu, cleaner, timbalan Perdana menteri... semua pun nak ambik dari luar
Quote mrseller 12-9-2023 10:55 PM
Firenzza replied at 12-9-2023 10:31 PM
Tp melayu kena byr loan umah, byr anak sekolah, tanggung mak bpk tua, wife mgkin x keja berbanding ...

Kalau itu justifikasi barber local dia caj mahal, client pun bayar loan rumah, bayar anak sekolah, tanggung parents, wife mungkin x keja justified jugak utk potong rambut 15 hengget instead 30 hengget. Sbb tu i cakap pilih. Potong rambut 30 hengget is too much, tambah sikit lagi dapat basmathi faiza kasmir 5 kg sekampit.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.052734 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top