CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Artis Lain Tular Tapi Netizen Ungkit Pula Gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee Yang Ditarik Balik

11-9-2023 01:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5288| Komen: 23

Haneesya Hanee berasa lucu dengan tindakan segelintir pihak cuba mengorek kembali kisah silamnya ketika menyertai pertandingan Dewi Remaja sekitar empat tahun lalu.

Haneesya atau Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 23, berkata, dia hanya mampu ketawa apabila perkara itu dibangkitkan termasuk mengaitkan individu lain dalam hal tersebut.


Foto: IG

Kata Haneesya, dia mendapat tahu mengenai perkara itu selepas menerima banyak notifikasi di laman sosial X (Twitter) meskipun sudah lama tidak aktif di aplikasi tersebut.

"Aku ini dah lama tak buka Twitter, tiba-tiba dapat notification banyak masuk.

"Saya tak tahu apa yang berlaku tetapi apabila baca tentang kisah silam, saya akan gelak.



"Korang ni aku gelak pun salah. Segala mak nenek kisah silam aku korang ungkit. Orang lain yang viral tolong jangan kaitkan dengan saya," katanya.

Haneesya membuat ciapan itu sebagai respon kepada pengikutnya di laman sosial itu yang membangkitkan kembali punca gelaran juara Dewi Remaja 2018/2019 ditarik balik.

Menurut beberapa individu, mereka terkejut apabila mengetahui kononnya Anna Jobling yang menyebarkan gambar Haneesya Hanee di kelab sebelum ini.


Susulan itu, Haneesya meminta netizen tidak mengaitkan dia dengan pihak lain yang tiada kaitan dengannya.

Ketika itu nama Haneesya menjadi bualan hangat apabila video memaparkan beberapa peserta pertandingan itu berhibur di kelab malam dan memegang gelas minuman keras.



Susulan penarikan semula kemenangannya itu, Haneesya dalam satu sidang media menyerahkan semula mahkota, trofi dan replika cek yang menjadi hadiah kemenangannya.

Haneesya yang mengaku salah atas kejadian itu turut menyifatkan penarikan semula kemenangannya adalah wajar dan menerimanya dengan hati terbuka. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 11-9-2023 01:52 PM
Smlm tgk Mermaid kt Disney. Mcm muka dia ni.
Quote anilanil 11-9-2023 02:00 PM
Minum arak mmg dosa kan? Sama ada anna ke, mak anna ke, org lain yg sebarkan tetap la jua perkara itu salah. Skrg ni mmg wajib coverline cantik punya ke utk org yg buat salah? Kalo ada netizen yg nampak anna dating bapak dafi pon sila la viralkan gambar itu. Setakat hearsay baik gossip anna dating dafi. Kejadah nak bawa warga emas gi genting? Nak main theme park pon kena standby ambulance.
Quote alieyrina 11-9-2023 02:41 PM
Kulit dia memg jenis gelap yg cantik aku tgk dlm tv
Quote tom2 11-9-2023 03:19 PM
anilanil replied at 11-9-2023 02:00 PM
Minum arak mmg dosa kan? Sama ada anna ke, mak anna ke, org lain yg sebarkan tetap la jua perkara it ...

Kalau ko minum arak, ko x upload lepas tu ko insaf. Dosa ko dengan tuhan . Tapi kalau ko malukan orang lain, sebar aib orang, dosa ko dengan orang tu.

Kalau hanee ni ajak orang minum arak, haa tu memang nak kena pelangkung.
Quote KamikuP 11-9-2023 03:50 PM
Kulit dia hitam yg cantek di mata meolls
Quote Nozot 11-9-2023 03:55 PM
tom2 replied at 11-9-2023 03:19 PM
Kalau ko minum arak, ko x upload lepas tu ko insaf. Dosa ko dengan tuhan . Tapi kalau ko malukan o ...

Tepat sekali
Quote bambimo 11-9-2023 03:56 PM
Xpe lah xde rezeki Dewi Remaja..maybe Ada rezeki dia tempat lain
Muka dia Ni sesuai utk wakil Malaysia Miss World Miss Universe..tp tu la xboleh Ada wakil Islam kan...
Quote heythere123 11-9-2023 04:01 PM
cicicumel replied at 11-9-2023 01:52 PM
Smlm tgk Mermaid kt Disney. Mcm muka dia ni.

tapi sheols macam cun sikit kan dari mermaid tu
Quote vanillaninja 11-9-2023 04:04 PM
heythere123 replied at 11-9-2023 08:01 AM
tapi sheols macam cun sikit kan dari mermaid tu

Di mata I sheols cun banyak dari mermaid tu
Quote purplelilac 11-9-2023 04:08 PM
Lawanya sheols make up pic paling atas tu, mcm tyra banks.
Quote kucingitam 11-9-2023 04:40 PM
dia tak hitam, tapi brown.. suka tgk kulit dia.. cantik..
Quote SweetRehan 11-9-2023 04:44 PM
Cantek sgt Sheol ni....ada aura Internationale...eksotik
Quote ashilalat 11-9-2023 05:51 PM
Artikel ni x sampai isi yg nak dismpaikan. Sbnrnya netizen petik nama ana jobless kan berkait penyebaran bideo mimi lana dan video haneesya ni. Tp sepatah haram x sebut pon.

Antara dia ni dgn anna jobless...aku pilih dia ni lagi. Rupa dia lg menarik dimata aku.
Quote hunny_bunny 11-9-2023 05:56 PM
cantik betulll kulit dia...tiber nak nyanyi lagu itamm manissss haii itamm maniss...pandang x jemuuu pandang x jemuuuu
Quote September14 11-9-2023 06:00 PM
bambimo replied at 11-9-2023 03:56 PM
Xpe lah xde rezeki Dewi Remaja..maybe Ada rezeki dia tempat lain
Muka dia Ni sesuai utk wakil Malays ...

Dia baru je menang miss intercontinental msia… wakil msia la jgk nnti cuma minor pageant je lah
Quote ira_sindarella 11-9-2023 06:09 PM
Hanesya ni cantik. Jumpa dia pun, sejenis yg mesra tak diva. Dia pakai pengurus mak dia kan... tu lah, time buat job, berangkutan semua pergi follow haneesya buat kerja.

Lately nampak hanee join peagent aper ntah.. miss kebaya ke apa.  Tapi peagent yg sejenis agak sendu... mcm downgrade plak nmpak hanee kat sana.

Kalau ada budget sikit. Cuba haneee hire pengurus. Yg bukan mak u.. mana lah tahu pengurus leh bantu awak improvekan kareer awak. U nice and beautiful. Cuma saya. Mcm tak kena arah lagi dia ni.
Quote Chah21 11-9-2023 06:45 PM
anilanil replied at 11-9-2023 02:00 PM
Minum arak mmg dosa kan? Sama ada anna ke, mak anna ke, org lain yg sebarkan tetap la jua perkara it ...

Adui lawak btul yg hujung2
Quote intan244 11-9-2023 07:00 PM
nak jadi dewi ke miss pape ke akhlak kena baik barula layak, so org yg sebarkan tu rasa dia mmg xlayak. report jela.
Quote heythere123 11-9-2023 07:49 PM
vanillaninja replied at 11-9-2023 04:04 PM
Di mata I sheols cun banyak dari mermaid tu

haha dekat atas tu iols berlapik tau sebab takut sini ada yang terpaling SJW

harap haneesya ni boleh mendonia sebab rupa sheols unik.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.055704 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top