Aktor George Clooney dikhabarkan bakal menjual sebuah villa mewah miliknya yang terletak di Itali dengan harga sebanyak AS$107 juta (RM500 juta). Menurut laporan Page Six, pelakon filem Batman and Robin itu mengambil keputusan untuk menjual villa tersebut kerana berasa rimas apabila kediamannya sering menjadi sasaran lensa kamera paparazzi.
Menurut sumber terdekat kepada pelakon berusia 62 tahun itu, Clooney dan isterinya, Amal Clooney amat menggemari suasana dan persekitaran villa tersebut kerana dikelilingi tasik yang indah. Bagaimanapun, dia tidak dapat hidup dengan tenteram setiap kali bercuti di villa tersebut pada musim panas kerana sering diekori paparazzi sehingga membuatkannya rimas. Bagaimanapun, Clooney dan isterinya masih berkunjung ke villa yang dibeli pada harga AS$10 juta (RM46 juta) itu untuk menghabiskan masa cuti mereka sementara menunggu individu yang mahu membelinya.
Sumber: HibGlam
|
ADVERTISEMENT