CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Apa Yang Orang Lihat Hael, Itulah Bentuknya

10-9-2023 09:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 16361| Komen: 35

Tular foto terbaharu Hael Husaini, dipercayai dirakam ketika penyanyi lagu Jampi ini menghadiri sebuah acara anugerah di ibu negara, menampakkan apa yang dikatakan perubahan pada wajah jejaka ini mirip bintang K-Pop.


Bersemuka Hael atau nama sebenar, Hal Husaini Razmi, jejaka ini, bagaimanapun, tenang memberi jawapan atas setiap pertanyaan diajukan, terutama membabitkan rutin penjagaan diri dan tata rias dirinya.


"Bagi saya, apa yang orang lihat Hael, itulah bentuknya. Tiada apa-apa yang mahu saya katakan mengenai perkara ini.

"Sebagai selebriti, saya sentiasa menjaga penampilan. Apa yang anda lihat, itulah saya.

"Ini bukan suatu perkara yang saya fikir perlu dirumitkan. Kita kena faham, saya adalah selebriti. Kerja selebriti adalah untuk kelihatan 'presentable' (berketrampilan).

"Saya mengaku suka tampak 'presentable' di mata masyarakat. Seperti saya kata, apa yang anda nampak, itulah saya," katanya kepada BH Online.



Mengulas fizikal tampak semakin kurus, Hael berkata, dia kurus sejak dahulu lagi.

"Lagipun, saya sudah berusia 36 tahun, jadi memang kena jaga semuanya," katanya ringkas.

Dilihat gemar berfesyen dan penampilan berbeza membuatkannya terus dikaitkan kontroversi, Hael berkata, apabila dia diberi peluang membesar dalam dunia fesyen bukan sahaja di Malaysia, malah diundang menghadiri pertunjukan fesyen di luar negara.

"Jadi, apabila saya mewakili Asia Tenggara untuk beberapa acara fesyen, saya fikir itu adalah suatu kebanggaan yang dibawa.

"Membawa wajah dan mempromosikan nama negara, saya anggap ini suatu pencapaian besar.

"Saya sentiasa jaga diri kerana penampilan sangat penting untuk seorang selebriti. Kalau hendak diikutkan, saya fikir, sekarang adalah zaman visual.

"Anda bukan saja dengar saya di radio, malah, dalam semua platform. Sebagai selebriti, saya kena tunjuk contoh yang baik. 

"Dalam hal ini, pastinya yang terbaik untuk diri sendiri. Apa yang penting, saya nampak 'handsome'," katanya.


Mengulas perjalanan yang tidak lekang dengan berita sensasi, Hael berkata, sudah namanya selebriti, kena hadap pakej di mana sentiasa berhadapan dengan gosip dan kontroversi.

"Bagi saya, untuk menjadi selebriti, saya kena bersedia dengan semua itu. Usah cepat melatah sebab depan televisyen (TV), orang tengok kita sebagai 'role model'.

"Jadi, saya akan sentiasa cuba lakukan yang terbaik.

"Namun, cabaran paling besar sepanjang 17 tahun ini tentulah hadapi kekangan dan pandangan negatif sebagai selebriti dan menjadi insan positif sebaik mungkin," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _kelly 10-9-2023 10:00 PM
kesian dia insecure
Quote rayna_raynes 10-9-2023 10:03 PM
Love image dia sekarang dari dulu. Dulu dia nampak kekwat masa bermisai berjambang plus nampak tua. Skrg nampak lebih muda dan fresh. Penatlah tengok artis lelaki yg kepam je
Quote Buritan 10-9-2023 10:14 PM
rayna_raynes replied at 10-9-2023 10:03 PM
Love image dia sekarang dari dulu. Dulu dia nampak kekwat masa bermisai berjambang plus nampak tua.  ...

Tak phm netizen ni.. org tu berdandan bising... org tuu kepam pun bisinggg..
Quote shernazz 10-9-2023 11:34 PM
Helok jah..
Kalau masuk Korea utara mesti kena tangkap
Ingat Oppa Korea selatan
Quote Nham22 10-9-2023 11:38 PM
Kuruih betul....
Quote rayna_raynes 10-9-2023 11:59 PM

deni kurus sebab makan sayur je

Quote oggy 11-9-2023 12:57 AM
Mamu yang ni ko taknak lahar ke
Quote sharlenetexas 11-9-2023 01:24 AM
Jowo kpop.

Quote annadonna 11-9-2023 02:30 AM
Depan depan mmg hensem pun. Okaylah tu. Karang dia jadi julripin korang panggil dia peti ais pulak
Quote amyfaha 11-9-2023 03:23 AM
Pernah jumpa depan2,Dia memang hansome awakkkk.. menjadi betul alternyaaaa, hidung dia cantik sangat
Quote reynold00 11-9-2023 03:27 AM
lain maciammm
Quote Kangkung1M 11-9-2023 04:12 AM
Edited by Kangkung1M at 10-9-2023 04:16 PM
sharlenetexas replied at 10-9-2023 01:24 PM
Jowo kpop.

I rasa Hael menjadikan wajah kacak Airel, anak Shiera ijoy sebagai muse dia masa nak buat pembedahan kosmetik. Muka hampir sama.

[TikTok]7247324457876999432[/TikTok]
[TikTok]7264453299544395009[/TikTok]
[TikTok]7215950971606732037[/TikTok]
[Ig]https://www.instagram.com/reel/CwiMVHayc-d/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Quote kakikuDibibirmu 11-9-2023 05:51 AM
Edited by kakikuDibibirmu at 11-9-2023 06:16 AM

Tazzangka akak lagi muda ketimbang Hael Husaini
Quote Nanadjo 11-9-2023 07:40 AM
Kangkung1M replied at 11-9-2023 04:12 AM
I rasa Hael menjadikan wajah kacak Airel, anak Shiera ijoy sebagai muse dia masa nak buat pembedaha ...

Iols baca komen dalam ig bambam studio tu ramai kata muka macam michael jackson ate dua2 suka alter muka, gitu la jadinya
Quote mizzmimi 11-9-2023 09:14 AM
Trobek ajelah 10 tahun lepas..

IMG_20230911_090417.jpg

Memang lain & memang upgrade..
Quote mizzmimi 11-9-2023 09:23 AM
Sebelum berimage kpop pernah bermisai kontot.. not bad jugak..

IMG_20230911_092129.jpg
Quote myakayina 11-9-2023 09:32 AM
so renovate muka kat korea ke? dia ni tak yakin dgn rupa asal dia..nasiblah rupa tu ok lepas renovate..
Quote Cokoro 11-9-2023 09:32 AM
mizzmimi replied at 11-9-2023 09:14 AM
Trobek ajelah 10 tahun lepas..



Rasa mcm xde beza plk ahahaha. Mybe ada lh cucuk2 tu. Hidung tu nmpk runcing sikit skrg.
Quote Kangkung1M 11-9-2023 09:49 AM
Nanadjo replied at 10-9-2023 07:40 PM
Iols baca komen dalam ig bambam studio tu ramai kata muka macam michael jackson  ate dua2 ...

Ha'ah Michael Jackson versi kelempuk.

[TikTok]7214088057958468891[/TikTok]
[TikTok]7213257860313091355[/TikTok]

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.076247 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top