Pelakon Taufiq Hanafi mendedahkan hubungan dengan bekas tunang iaitu Farah Azrina sudah berakhir sejak awal tahun ini. Tidak pernah menceritakan tentang perkara itu kepada umum, kata Taufiq atau Mohamad Taufiq Mohd Hanafi, 32, hubungan mereka berakhir secara baik dan dipersetujui oleh kedua-dua belah keluarga.
"Saya pun tak ingat tarikh kami putus, tapi saya boleh katakan awal tahun ini. Perkara dah berlalu saya pun tak mahu ingat lagi. "Hubungan kami berakhir secara baik dan dipersetujui oleh keluarga. Saya tidak bercerita kepada orang sebab itu bukanlah perkara baik, cuma jika ada yang bertanya saya akan beritahu," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad. Untuk rekod Taufiq dan Farah melangsungkan majlis pertunangan pada 20 Februari tahun lalu. Sementara itu, Taufiq memberitahu dia kini sudah menemui pengganti dan sedang menyulam cinta bersama personaliti TV, Anim Ezati, 31 tahun.
Mula rapat sejak beberapa bulan lalu, kata Taufiq teman wanitanya itu juga bukan punca hubungan dengan bekas tunang berakhir. "Saya kenal Anim dah lama sebab dia adalah rakan kepada adik saya. Cuma baru tahun ini kami rapat. Saya pun tak ingat tarikh kami mula bercinta... Maklumlah lelaki memang tak ingat tarikh. "Namun Anim bukanlah punca saya putus tunang. Dia pun tahu tentang hubungan saya sebelum ini," ujarnya. Tambah pelakon filem Malbatt Misi Bakara ini, mereka tidak merancang untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam masa terdekat. Taufiq juga mengharapkan hubungan kali ini akan berjalan lancar dan menjadi kisah kegagalan dalam hubungan sebelum ini sebagai satu pengajaran untuk menjadi lebih baik. "Anim merupakan seorang ibu tunggal. Apa yang berlaku dalam hubungan kami sebelum ini adalah satu pengajaran. Tuhan mahu kami belajar untuk menjadi lebih baik. "Buat masa sekarang kami tidak merancang lagi untuk bernikah dalam masa terdekat. Biarlah kami selesa dan stabil dahulu dalam hubungan ini," jelasnya. Sumber: mStar
|
missbigrockstar replied at 10-9-2023 10:20 AM
OK padan gak
Bila berdiri di balkoni rumah dan tengok ke bawah, rasa macam nak terjun."
Itu perkongsian pelakon, Taufiq Hanafi mengenai pengalamannya ketika berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Kangkung1M replied at 11-9-2023 03:19 AM
Comel anak Anim.
Buritan replied at 10-9-2023 09:51 PM
Yep dumia ni mmg keras.. adekala aku nak lari masuk hutan hidup mcm org asli zaman dulu kala
Kangkung1M replied at 11-9-2023 11:05 AM
Memang seronok menjalani kehidupan secara alami.
Macam penduduk pendalaman Papua ni, mereka menga ...
Buritan replied at 10-9-2023 11:46 PM
Aku rasa mcm penat tgk dunia skrg.. bg aku kita dah terkeluar sggh dr suruhan Allah . Allah suh ki ...
Kangkung1M replied at 11-9-2023 12:51 PM
Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan, Aamiin.
ADVERTISEMENT