View: 12575|Reply: 17
|
Taufiq Hanafi Kini Rapat Dengan Personaliti TV Anim Ezati
[Copy link]
|
|
Pelakon Taufiq Hanafi mendedahkan hubungan dengan bekas tunang iaitu Farah Azrina sudah berakhir sejak awal tahun ini.
Tidak pernah menceritakan tentang perkara itu kepada umum, kata Taufiq atau Mohamad Taufiq Mohd Hanafi, 32, hubungan mereka berakhir secara baik dan dipersetujui oleh kedua-dua belah keluarga.
"Saya pun tak ingat tarikh kami putus, tapi saya boleh katakan awal tahun ini. Perkara dah berlalu saya pun tak mahu ingat lagi.
"Hubungan kami berakhir secara baik dan dipersetujui oleh keluarga. Saya tidak bercerita kepada orang sebab itu bukanlah perkara baik, cuma jika ada yang bertanya saya akan beritahu," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.
Untuk rekod Taufiq dan Farah melangsungkan majlis pertunangan pada 20 Februari tahun lalu.
Sementara itu, Taufiq memberitahu dia kini sudah menemui pengganti dan sedang menyulam cinta bersama personaliti TV, Anim Ezati, 31 tahun.
Mula rapat sejak beberapa bulan lalu, kata Taufiq teman wanitanya itu juga bukan punca hubungan dengan bekas tunang berakhir.
"Saya kenal Anim dah lama sebab dia adalah rakan kepada adik saya. Cuma baru tahun ini kami rapat. Saya pun tak ingat tarikh kami mula bercinta... Maklumlah lelaki memang tak ingat tarikh.
"Namun Anim bukanlah punca saya putus tunang. Dia pun tahu tentang hubungan saya sebelum ini," ujarnya.
Tambah pelakon filem Malbatt Misi Bakara ini, mereka tidak merancang untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam masa terdekat.
Taufiq juga mengharapkan hubungan kali ini akan berjalan lancar dan menjadi kisah kegagalan dalam hubungan sebelum ini sebagai satu pengajaran untuk menjadi lebih baik.
"Anim merupakan seorang ibu tunggal. Apa yang berlaku dalam hubungan kami sebelum ini adalah satu pengajaran. Tuhan mahu kami belajar untuk menjadi lebih baik.
"Buat masa sekarang kami tidak merancang lagi untuk bernikah dalam masa terdekat. Biarlah kami selesa dan stabil dahulu dalam hubungan ini," jelasnya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Comel anak Anim.
Dunia sekarang keras cabarannya, wanita kalau nak cari suami, carilah lelaki yang 'berjenis'. Taufiq ni baru kena PKP dah nak terjun balkoni, lemahhh...
Bila berdiri di balkoni rumah dan tengok ke bawah, rasa macam nak terjun."
Itu perkongsian pelakon, Taufiq Hanafi mengenai pengalamannya ketika berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. Sumber: https://api.hmetro.com.my/rap/2020/10/632289/rasa-macam-nak-terjun-taufik-hanafi
|
|
|
|
|
|
|
|
die yg berlakon ola bola tu kan
dh mcm bapak2 dh ha
|
|
|
|
|
|
|
|
Kangkung1M replied at 11-9-2023 03:19 AM
Comel anak Anim.
Yep dumia ni mmg keras.. adekala aku nak lari masuk hutan hidup mcm org asli zaman dulu kala |
|
|
|
|
|
|
|
baru2 ni majlis kahwin adik dia. terdetik gak bila majlis dia eh. macam dah lama tunangnya. siap bawak tunang beraya balek kg.
terfollow pula sebab sama daerah & sekolah teknik juga.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kangkung1M at 10-9-2023 11:48 PM
Buritan replied at 10-9-2023 09:51 PM
Yep dumia ni mmg keras.. adekala aku nak lari masuk hutan hidup mcm org asli zaman dulu kala
Memang seronok menjalani kehidupan secara alami.
Macam penduduk pedalaman Papua ni, mereka mengamalkan sistem barter dengan tukar hasil tuaian dengan barangan lain. Mereka takde berkeluh-kesah mahupon meminta-minta.
Taufiq baru kena PKP dah nak terjun bangunan. Huhu camne la dia nak jaga Anim dan anak perempuannya nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
muka cam 40an rupanya 30an pakcik ni..siyes la anumm ke animmm? |
|
|
|
|
|
|
|
Kangkung1M replied at 11-9-2023 11:05 AM
Memang seronok menjalani kehidupan secara alami.
Macam penduduk pendalaman Papua ni, mereka menga ...
Aku rasa mcm penat tgk dunia skrg.. bg aku kita dah terkeluar sggh dr suruhan Allah . Allah suh kita ibadat ingat pd dia.. tp kita duk heboh cari duit duit duit 24 hours.. tadak duit kita tak mkn.. tadak duit nak beli pampers cmn.. susu anak.. anak nak masuk u.. dedulu ok lg aku rasa.. laa nii teruk sgt dah rasanyaa |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 10-9-2023 11:46 PM
Aku rasa mcm penat tgk dunia skrg.. bg aku kita dah terkeluar sggh dr suruhan Allah . Allah suh ki ...
Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan, Aamiin.
|
|
|
|
|
|
|
|
Anim ni dh kurus makin lawa sayangnya lahai ber-relationship dgn artis. Rasanya dlm dunia pekerjaan dia tu tk susah pon nk jumpa yg berjenis sikit.
Masa bujang dulu dgn footballer playboy tk ada jodoh.
Dgn ex suami pulak jodoh tk pjg.
Apa2 pon comey sgt anak dia |
|
|
|
|
|
|
|
Kangkung1M replied at 11-9-2023 12:51 PM
Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan, Aamiin.
Aminnnnn.. semoga urusan sis pun mudah |
|
|
|
|
|
|
|
aku je ke yg rasa muka taufiq hanafi mcm muka abg bell ngasri, Naszeli ke nama dia
mmg taste iolls la, muka, badan bidang camni, mak lurve |
|
|
|
|
|
|
|
ok la dia berlakon paskal best bawa watak ustaz
dalam malbatt pun best |
|
|
|
|
|
|
|
ape entah aku bukak tread ni dok bayang YB Taufiq Johari |
|
|
|
|
|
|
| |
|