Hantaran dibuat penyanyi Nourul Depp, 46, di akaun media sosialnya yang mengenang semula pengalaman melahirkan anak sulung, Ayu Nazirah, kira-kira 25 tahun lalu menarik perhatian ramai. Apatah lagi, pelbagai komen ditinggalkan netizen yang berbaur sedih dan terharu dengan pengorbanan besar seorang ibu yang sanggup berkorban apa saja termasuk nyawa demi anak tersayang.
"25 tahun yang lalu hari ini (10 September), dah di hospital. Pagi-pagi tak ada sakit, tapi ada 'tanda' (nak bersalin).. "Ya. Kami pernah melahirkan satu baby (bayi) perempuan 25 tahun yang lalu. Tapi tanggal 11 September, jam 1.56 tengahari. Usai solat Jumaat," tulisnya mengenang kenangan dan pengalaman lalu. Nourul berkata, dua hari dia menahan sakit untuk melahirkan anaknya kerana mahu bersalin secara normal disebabkan kekangan kewangan dialami ketika itu. "Dia tak tahu. Kerana melahirkan dia itu satu kegembiraan dan kebahagiaan. Sakit itu langsung hilang kerana happy (gembira).
"Sekarang baru kami tahu, menjadi ibu itu tak mudah. Happy, sedih, happy, diduga, disakiti. "Semua perempuan akan merasai rasa ini. Jangan sesekali menyakiti hati mereka yang berikan kita kehidupan dan pengorbanan," tulisnya.
|
she replied at 10-9-2023 02:22 PM
“She adopted a new lady to be her mother UNTIL she was 23“
Until?
ejrazak replied at 10-9-2023 02:31 PM
Nak speaking english tp mcm berbelit2
ADVERTISEMENT