Justeru, segelintir netizen bagaimanapun turut mengaitkan hantaran sedih Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab mungkin ada kaitan 'terguris hati' dengan anaknya.
"Wanita dalam gambar ini, dah 'mati' semasa membesarkan anak gadisnya. She adopted a new lady to be her mother until she was 23. (Dia mengambil seorang wanita baru yang diangkat menjadi ibu ketika berumur 23 tahun), tulisnya yang menimbulkan tanda tanya.
Pada salah satu komennya kepada netizen yang bertanya apa sebenarnya berlaku, Nourul berkata, baca dan fahamkan saja apa yang ditulisnya itu dan tidak perlu penjelasan lanjut.
"Tanya saya. Tak yah tanya siapa-siapa dan baca je. No need more explaination (Tak perlu penjelasan lanjut). Awak sangat 'kak gayah' ye," balasnya yang disertakan emoji ketawa.
Rata-rata netizen mendoakan Nourul terus bersabar, kuat semangat dan terus berdoa untuk kebahagiaannya dan keluarga dalam menghadapi ujian yang sudah tertulis.
Terdahulu, Nourul pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer dan penyanyi Ajai pada 1996 sebelum bercerai pada 2006.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 25.Pada 2012, Nourul berkahwin kali kedua dengan suaminya, Eric Daniel Depp yang berasal dari Perancis. Mereka dikurniakan tiga anak iaitu Zachary, 10, Raphael, 8, dan Isabella 4.
Kini, Nourul dan keluarganya sudah berpindah ke Bali, Indonesia dan menetap di negara jiran itu sejak September tahun lalu.
Sumber: Harian Metro, IG Nourul Wahab Depp