CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fizo Omar Akui Silap, Dulu Fikir Boleh Buat Bisnes Dengan Populariti

10-9-2023 01:55 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 13126| Komen: 13

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar mengakui kekhilafannya suatu ketika dahulu apabila mengganggap dia boleh menjalankan perniagaan bersandarkan populariti semata-mata.

Bagaimanapun, dia akhirnya menyedari bahawa ilmu itu penting bagi menguruskan apa jua perniagaan yang ingin dibangunkannya.



Mengenepikan egonya, kata Fizo, dia mengusahakan perniagaan burger tepi jalan sehingga berjaya memiliki lebih 150 cawangan seluruh negara dalam tempoh dua tahun.

"Sebelum ini, saya rasa saya hebat, ada nama, saya selebriti, saya famous, saya boleh buat bisnes dengan populariti yang saya ada. Sebenarnya saya salah, bisnes perlu bermula daripada ilmu.

"Modal paling mahal adalah modal ilmu. Saya belajar dan bermula dengan bisnes burger. Saya mula berniaga tepi jalan, saya buang ego, jual burger di kaki lima.

"Alhamdulillah, dengan konsep memberi, sedar tak sedar bersama partner dalam dua tahun Allah izinkan kita ada 150 cawangan di semua negeri tanpa pinjaman bank, bantuan kerajaan, tanpa saya ada duit," katanya dalam satu rakaman yang dimuat naik menerusi TikTok Innovative School of Management (ISM).



Fizo turut mengulas kelebihan modul yang ditawarkan oleh ISM bertepatan terutamanya untuk individu yang berlatarbelakangkan bidang selain keusahawanan.


Sumber: Gempak





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote addamnor 10-9-2023 02:07 AM
Kau boleh buat business dengan populariti.. either kau reti or tidak shj. Thats all. Contoh terbaik neelofa & fazura. Popular dahulu then go into business creating a business base. Tapi kau jenis tak reti berbusiness so hauk lah business burger kau. Fanbase kau pun sendu iya nak tolong kagum & support business kau, unlike those two.
Quote Lolalala 10-9-2023 02:12 AM
Jahanam bisnes ex wife sebab ko perasan popular
Quote lanacondor 10-9-2023 07:02 AM
Lolalala replied at 10-9-2023 02:12 AM
Jahanam bisnes ex wife sebab ko perasan popular

Betul.. Sian ex-wife.. dah la keluarga fizo semua dduk dgn mawar.. org tu pulak dh mcm ketua keluarga. Klau baik xpe. Ni berlagak pulak tu
Quote Burong_Hantuk 10-9-2023 08:38 AM
bini baru tu over gila...
Quote virgocircus 10-9-2023 08:46 AM
Status dia skang ni masih bankrup atau dah setel?
Quote NazRysha 10-9-2023 10:54 AM
aku suka bini baru dia
nampak humble jer
Quote LadyCarefree 10-9-2023 10:55 AM
Burong_Hantuk replied at 10-9-2023 07:38 AM
bini baru tu over gila...

Sangat2. iols cannotlah tengok video2 dia. ewww sangat dgn speakingnya.
Quote silampumeja 10-9-2023 11:02 AM
lanacondor replied at 9-9-2023 11:02 PM
Betul.. Sian ex-wife.. dah la keluarga fizo semua dduk dgn mawar.. org tu pulak dh mcm ketua kelua ...

Ex wife apa cerita sekarang ni
Quote n3ar 10-9-2023 12:30 PM
dah dulu acah2 bisnesman berjaya kenapa...siap buat biz consultation lagi
Quote genUmi 10-9-2023 12:52 PM
tak tally ye dngan kejayaan yg pernah dicanag dulu
Quote totokreturn. 10-9-2023 04:37 PM
apa jadi la skang ni dgn business tudung fareeda
Quote sleepandream 10-9-2023 06:25 PM
current wife dia ex stewardess kan...
nampak mcm bijak jugakla
Quote likilu 10-9-2023 06:50 PM
Means dulu dia keluar modal popularity
Ex wife ke yg keluar modal wang ringgit?

Tanya tanya

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.042108 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top