Melaka: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun disahkan meninggal selepas 10 hari bertarung nyawa di Hospital Melaka susulan tercekik sebiji anggur dalam kejadian di Taman Merbok, Bukit Katil, di sini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa, Nur Aryanna Danisha Muhamad Shaizat meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) pukul 9.23 pagi semalam. Katanya, hasil soal dengan Pegawai Perubatan Hospital Melaka, kanak-kanak berkenaan telah dipindahkan daripada sebuah hospital swasta ke Hospital Melaka kira-kira pukul 8.18 malam pada 31 Ogos lalu. “Kanak-kanak berkenaan sebelum itu mendapatkan rawatan awal di sebuah hospital swasta di Bukit Katil selepas keluarganya menyedari dia tercekik semasa makan buah anggur. “Doktor di sana berjaya mengeluarkan buah anggur tersebut, namun pesakit dalam keadaan tidak stabil dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan. Justeru dia dipindahkan ke wad PICU Hospital Melaka,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini.
Ujarnya, mangsa disahkan meninggal dunia dengan punca kematian adalah ‘Hyporxic Ischaemic Encephalopathy secondary to choking’. “Pihak Hospital Melaka bagaimanapun tidak membuat laporan polis berkenaan kematian tersebut dan setakat ini, tiada laporan polis dibuat oleh pihak keluarga kanak-kanak berkenaan,” katanya. Sumber: Kosmo! Online |
Tinot7 replied at 10-9-2023 10:40 AM
Takziah kpd keluarga..
Rupanya kena berhati2 dgn menda2 mcm ni.. kalau famili ada masa tu, bleh bua ...
darkness replied at 10-9-2023 10:58 AM
Sebab sekarang musim buah, baru beberapa hari lepas bercerita dgn biras. Anak kawan dia umo 4 tahun ...
mejaputih replied at 10-9-2023 01:27 PM
Anggur, rambutan (kes bulan lepas) antara buah yg bahaya kalau tak dipotong kecil. X silap dulu ad ...
mejaputih replied at 10-9-2023 01:27 PM
Anggur, rambutan (kes bulan lepas) antara buah yg bahaya kalau tak dipotong kecil. X silap dulu ad ...
kotakbaju replied at 10-9-2023 02:32 PM
Haha iols pulak penah tercekik kopok lekor. Time tu rehat darjah berapa dah tak ingat. Makan geloj ...
mejaputih replied at 10-9-2023 03:15 PM
Lawak pulak chuols tercekik kepok lekor..sbb kepok lekor kan panjang pastu kena gigit duku baru ku ...
kotakbaju replied at 10-9-2023 02:32 PM
Haha iols pulak penah tercekik kopok lekor. Time tu rehat darjah berapa dah tak ingat. Makan geloj ...
Jajabeans replied at 10-9-2023 09:49 PM
Haha mcm2.. aku penah tercekik ikan bilis masa sekolah. Masa tu kt kantin makan nasi lemak tah cam ...
ADVERTISEMENT