CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12889|Reply: 20

Kanak-Kanak Perempuan Maut Tercekik Anggur

[Copy link]
Post time 10-9-2023 01:18 AM | Show all posts |Read mode
Melaka: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun disahkan meninggal selepas 10 hari bertarung nyawa di Hospital Melaka susulan tercekik sebiji anggur dalam kejadian di Taman Merbok, Bukit Katil, di sini.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa, Nur Aryanna Danisha Muhamad Shaizat meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) pukul 9.23 pagi semalam.






Katanya, hasil soal dengan Pegawai Perubatan Hospital Melaka, kanak-kanak berkenaan telah dipindahkan daripada sebuah hospital swasta ke Hospital Melaka kira-kira pukul 8.18 malam pada 31 Ogos lalu.


“Kanak-kanak berkenaan sebelum itu mendapatkan rawatan awal di sebuah hospital swasta di Bukit Katil selepas keluarganya menyedari dia tercekik semasa makan buah anggur.


“Doktor di sana berjaya mengeluarkan buah anggur tersebut, namun pesakit dalam keadaan tidak stabil dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan. Justeru dia dipindahkan ke wad PICU Hospital Melaka,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini.


Ujarnya, mangsa disahkan meninggal dunia dengan punca kematian adalah ‘Hyporxic Ischaemic Encephalopathy secondary to choking’.


“Pihak Hospital Melaka bagaimanapun tidak membuat laporan polis berkenaan kematian tersebut dan setakat ini, tiada laporan polis dibuat oleh pihak keluarga kanak-kanak berkenaan,” katanya.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2023 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah kesiannya anak. Tak boleh bagi buah bulat sebiji macam tu kat budak2. Boleh tercekik.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
nape x dipotong buahnye dlu sblm nk bg anak mkn...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak ni pegi ambil makan sendiri ke atau parents dia yang bagi makan

Kalau kata parents dia yang bagi makan tak mungkin la bagi sebiji terus kan. Kalau iols belah dulu buah anggur tu buang biji dia yang kecil tu.

Tapi kalau kata anak dia sendiri curi2 makan tanpa pengetahuan parents, apa boleh buat. Dah ajal dia
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga..

Rupanya kena berhati2 dgn menda2 mcm ni.. kalau famili ada masa tu, bleh buat heimlich maneuvre.. iols pun tatau bebudak takleh mkn sebiji mcm tu.. ingatkan duit syiling jahh yg merbahaya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab sekarang musim buah, baru beberapa hari lepas bercerita dgn biras. Anak kawan dia umo 4 tahun meninggal akibat tercekik buah rambutan. Katanya pokok rambutan berbuah lebat depan rumah..tak disedari anak ni pg makan buah rambutan tanpa pengawasan org tua. Dalam perjalanan ke hospital meninggal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2023 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Allahu..sedihnya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena ajar ank makan cara selamat..sekecik2 buah tetap kena kopek..kena belah..selaput putih.kulut buah kena buang..bg portion buah yg ank boleh pegang & kunyak. Kalau yg  terus telan masuk dlm mulut kena belah2 dulu. itu yg aii belajar dlm ward masa ank kecik masuk ward.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2023 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
buah anggur ni antara yg bahaya la. kdg2 diorg xgigit tu yg tercekik. kalo bg anak mkn mmg kena monitor atau potg2. tp xleh potong separuh, kena potg memanjang br selamat. fishball ngn sosej pn actually bahaya, especially kalo bdk2 jenis gelojoh. blh tercekik
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 10-9-2023 10:40 AM
Takziah kpd keluarga..

Rupanya kena berhati2 dgn menda2 mcm ni.. kalau famili ada masa tu, bleh bua ...

Anggur, rambutan (kes bulan lepas) antara buah yg bahaya kalau tak dipotong kecil. X silap dulu ada kes tertelan langsat jua...iols masa duk asrama dah besar panjang pun pernah tercekik kuih onde2 gula melaka..kes moreh lepas terawih iols dah ngantuk tp suka kuih tu lalu masukkan sebijik terus (saiz besar) dlm mulut. Gelojoh kurang kunyah,telan sbb nk cpt balik dorm.  masa tu takleh bernafas trakea rasa cramp dan mata berair..syukur umur masih panjang akhirnya dpt turun juga ke perut.lps tu insaf sgt2 mkn jgn gelojoh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
darkness replied at 10-9-2023 10:58 AM
Sebab sekarang musim buah, baru beberapa hari lepas bercerita dgn biras. Anak kawan dia umo 4 tahun  ...

Takziah kpd keluarga dia..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 10-9-2023 01:27 PM
Anggur, rambutan (kes bulan lepas) antara buah yg bahaya kalau tak dipotong kecil. X silap dulu ad ...

SIL iols potong stoberi utk anak2 buah iols.. mula2 iols pelik awat buat cenggini.. now iols paham la..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 10-9-2023 01:27 PM
Anggur, rambutan (kes bulan lepas) antara buah yg bahaya kalau tak dipotong kecil. X silap dulu ad ...

Haha iols pulak penah tercekik kopok lekor. Time tu rehat darjah berapa dah tak ingat. Makan gelojoh jugak la tak kunyah betul2 pakai telan camtu so tercekik la. Tapi iols diam ja dok blur taktau nak buat apa. Lepas tu baru cecepat pi kat paip air teguk air kat situ. Dah ok mujur takde pape
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 10-9-2023 02:32 PM
Haha iols pulak penah tercekik kopok lekor. Time tu rehat darjah berapa dah tak ingat. Makan geloj ...

Lawak pulak chuols tercekik kepok lekor..sbb kepok lekor kan panjang pastu kena gigit duku baru kunyah..takleh imagine camne rupa blur tu hihi...syukur takde apa2...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 10-9-2023 03:15 PM
Lawak pulak chuols tercekik kepok lekor..sbb kepok lekor kan panjang pastu kena gigit duku baru ku ...

Iye kopok lekor panjang bulat tu pastu lembut bukan yang garing tu. Iols gigit agak banyak kot lepas tu kunyah sikit2 je then telan terus. Lapor sangat la kot time tu gelojoh makan. Jadik blur bila tercekik sebab taktau nak kena buat apa. Budak lagi time tu. Mujur la tak jadi teruk2.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Menjadi seorang mak ni kene rajin dan alert...alert bende2x camni.. Xboleh malas... Mmg rase lecehla nk buang kulit anggur then potong 4 nk bg anak kecik makan..mmg leceh... Tp kalau malas jgnla beranak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2023 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...kelalaian org dewasa...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
I penah la tercekik tulang ikan parang. Smpai skarang I benci ikan parang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 10-9-2023 02:32 PM
Haha iols pulak penah tercekik kopok lekor. Time tu rehat darjah berapa dah tak ingat. Makan geloj ...

Haha mcm2.. aku penah tercekik ikan bilis masa sekolah. Masa tu kt kantin makan nasi lemak tah camane ikan bilis tu aku xkunyah kot terus telan pastu dia mcm duk melintang dlm tekak. Minum air byk2 pun dia xmau turun stuck kt situ. Aku dh gelabah berpeluh2 juga la dlm Kelas xgtau sesiapa. Igt2 balik rasa kelakor pun ada kahkah
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Jajabeans replied at 10-9-2023 09:49 PM
Haha mcm2.. aku penah tercekik ikan bilis masa sekolah. Masa tu kt kantin makan nasi lemak tah cam ...

Nohhh ikan bilis pun jadik

Lebih kurang cam lekat tulang jugak la kan. Kena telan benda cam nasik ke roti ke nak bagi hilang tersangkut kat kerongkong tu. Tapi yelah dah budak lagi kan time tu mana nak tau benda2 camni.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.071901 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list