Kuala Lumpur: Biarpun bergelar ibu, ia tidak menghalang minat seorang wanita ini menjadi malim gunung yang bertauliah dan menyertai saringan malim gunung. Minat yang mendalam terhadap aktiviti memanjat gunung mendorongnya mencabar diri dalam ujian saringan kecergasan, Kursus Asas Malim Gunung Perhutanan anjuran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM).
Aida Samira Azhari, 45, berkata, dia memang meminati aktiviti memanjat gunung dan seringkali melakukan aktiviti itu ketika mempunyai waktu lapang. "Minat saya dalam aktiviti memanjat gunung sejak daripada dulu lagi, cuma pada waktu itu, saya tidak mempunyai banyak masa kerana terikat dengan kerjaya, anak-anak pun masih kecil, jadi semuanya agak terbatas atas kekangan waktu.
"Apabila anak sudah besar, saya rasa saya mahu cuba sesuatu yang berlainan dan mencabar diri sendiri, jadi saya mengambil keputusan untuk menyertai ujian saringan ini. "Saya memang meletakkan impian untuk menjadi malim gunung bertauliah dan kursus asas anjuran JPSM ini menjadi platform pertama saya," katanya ketika ditemui ketika ujian saringan kecergasan anjuran JPSM. Pada masa sama, ujian saringan kecergasan itu disertai 263 peserta bagi Zon Tengah dan ujian sama akan dilaksanakan di Zon Pantai Timur (Kuala Terengganu, Terengganu) manakala Zon Utara (Ipoh, Perak). Pengarah Bahagian Eco-Forest dan Hutan Taman Negeri JPSM, Mohd Yussainy Md Yusop berkata, ini adalah program baru yang dilaksanakan untuk tempoh 2023 hingga 2025. "Program ini antara lain menaik taraf malim gunung dan sasaran kita adalah melahirkan 2,100 orang malim gunung bertauliah menjelang 2025. "Ketika ini, kita sudah melahirkan 1,250 orang malim gunung dan program seumpama ini dilaksanakan untuk memilih mereka yang benar-benar cergas dan layak saja. "Sepanjang ujian kecergasan ini, peserta akan melalui enam ujian fizikal antaranya tekan tubi, mendagu dan berakhir dengan renang," katanya. Menurutnya, peserta yang melepasi ujian saringan ini akan mengikuti tiga peringkat latihan dengan jumlah keseluruhan sebanyak 17 hari. "Selepas ujian saringan kecergasan ini, peserta yang layak akan mengikuti kursus selama lima hari iaitu pada 15 September ini dan seterusnya ke peringkat ketiga. "Program ini juga dilaksanakan supaya lebih adil dalam pemilihan malim gunung," katanya. Sumber: Harian Metro |
FOTHER-MUCKER replied at 9-9-2023 04:58 PM
Kali pertama dengan perkataan Malim. Ingatkan bahasa Indonesia.
Skuau: umur pon dh 45..kang pendaki pulok yg bawa dia turun...
CiliPadiSedap replied at 9-9-2023 05:48 PM
kepada nak naik gunung dan bukit tolonglah guna mesin ni. cerdik betul duk nyusahkan bomba or oran ...
FOTHER-MUCKER replied at 9-9-2023 04:58 PM
Kali pertama dengan perkataan Malim. Ingatkan bahasa Indonesia.
mejaputih replied at 9-9-2023 01:54 AM
Malim gunung angkat2 brg berat jugak kan..boleh ke pompuan angkat barang berat naik gunung psld usia ...
CiliPadiSedap replied at 9-9-2023 01:48 AM
dekat sabah mereka panggil malim gunung atau kurier gunung
CiliPadiSedap replied at 9-9-2023 05:48 PM
kepada nak naik gunung dan bukit tolonglah guna mesin ni. cerdik betul duk nyusahkan bomba or oran ...
Dwdrum replied at 10-9-2023 07:33 AM
Yang fit mounteering ini depa pass buat pull up/chin up sebab sometime require depa untuk climb ro ...
FOTHER-MUCKER replied at 9-9-2023 04:58 PM
Kali pertama dengan perkataan Malim. Ingatkan bahasa Indonesia.
FOTHER-MUCKER replied at 10-9-2023 07:45 AM
Tanjung malim saya taulah tapi tak pernah fikir datang dari mana nama malim tu.
mejaputih replied at 10-9-2023 10:19 AM
Ooo.sbb ada dgr org pompuan xleh angkat berat effect waktu 50an nanti...tatau is it mitos semata2.
ADVERTISEMENT