View: 3200|Reply: 64
|
Wanita Cekal Sertai Latihan Lasak Malim Gunung
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Biarpun bergelar ibu, ia tidak menghalang minat seorang wanita ini menjadi malim gunung yang bertauliah dan menyertai saringan malim gunung.
Minat yang mendalam terhadap aktiviti memanjat gunung mendorongnya mencabar diri dalam ujian saringan kecergasan, Kursus Asas Malim Gunung Perhutanan anjuran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM).
Aida Samira Azhari, 45, berkata, dia memang meminati aktiviti memanjat gunung dan seringkali melakukan aktiviti itu ketika mempunyai waktu lapang.
ANTARA peserta pada Program Saringan Kecergasan Kursus Malim Gunung Perhutanan di Taman Tasik Titiwangsa. FOTO Saifullizan Tamadi
"Minat saya dalam aktiviti memanjat gunung sejak daripada dulu lagi, cuma pada waktu itu, saya tidak mempunyai banyak masa kerana terikat dengan kerjaya, anak-anak pun masih kecil, jadi semuanya agak terbatas atas kekangan waktu.
"Apabila anak sudah besar, saya rasa saya mahu cuba sesuatu yang berlainan dan mencabar diri sendiri, jadi saya mengambil keputusan untuk menyertai ujian saringan ini.
"Saya memang meletakkan impian untuk menjadi malim gunung bertauliah dan kursus asas anjuran JPSM ini menjadi platform pertama saya," katanya ketika ditemui ketika ujian saringan kecergasan anjuran JPSM.
Pada masa sama, ujian saringan kecergasan itu disertai 263 peserta bagi Zon Tengah dan ujian sama akan dilaksanakan di Zon Pantai Timur (Kuala Terengganu, Terengganu) manakala Zon Utara (Ipoh, Perak).
Pengarah Bahagian Eco-Forest dan Hutan Taman Negeri JPSM, Mohd Yussainy Md Yusop berkata, ini adalah program baru yang dilaksanakan untuk tempoh 2023 hingga 2025.
" rogram ini antara lain menaik taraf malim gunung dan sasaran kita adalah melahirkan 2,100 orang malim gunung bertauliah menjelang 2025.
"Ketika ini, kita sudah melahirkan 1,250 orang malim gunung dan program seumpama ini dilaksanakan untuk memilih mereka yang benar-benar cergas dan layak saja.
"Sepanjang ujian kecergasan ini, peserta akan melalui enam ujian fizikal antaranya tekan tubi, mendagu dan berakhir dengan renang," katanya.
Menurutnya, peserta yang melepasi ujian saringan ini akan mengikuti tiga peringkat latihan dengan jumlah keseluruhan sebanyak 17 hari.
"Selepas ujian saringan kecergasan ini, peserta yang layak akan mengikuti kursus selama lima hari iaitu pada 15 September ini dan seterusnya ke peringkat ketiga.
" rogram ini juga dilaksanakan supaya lebih adil dalam pemilihan malim gunung," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
umur pon dh 45..kang pendaki pulok yg bawa dia turun... |
|
|
|
|
|
|
|
Kali pertama dengan perkataan Malim. Ingatkan bahasa Indonesia. |
|
|
|
|
|
|
|

kepada nak naik gunung dan bukit tolonglah guna mesin ni. cerdik betul duk nyusahkan bomba or orang lain nak bawa turun gunung bukit. gunung bukit bukan tempat bakar lemak.. gunung bukit untuk orang ada fitness dan badan fit.
kalau badan dah macam friska, sedar2lah diri jgn panjat bukit or gunung. kasihan tau orang lain kena datang selamatkan. |
|
|
|
|
|
|
|
dekat sabah mereka panggil malim gunung atau kurier gunung
|
|
|
|
|
|
|
|
Malim gunung angkat2 brg berat jugak kan..boleh ke pompuan angkat barang berat naik gunung psld usia over 40? |
|
|
|
|
|
|
|
cth hobi ikut ikutan...selebihnya nak bersosial.. |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau: umur pon dh 45..kang pendaki pulok yg bawa dia turun...
dapat amoi ok lah. dapat makcik / ahso. ......
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 9-9-2023 05:48 PM
kepada nak naik gunung dan bukit tolonglah guna mesin ni. cerdik betul duk nyusahkan bomba or oran ...
nak abam bomba dukung letew...bila lg |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 9-9-2023 04:58 PM
Kali pertama dengan perkataan Malim. Ingatkan bahasa Indonesia.
Kau tu dah lama sangat duduk overseas tu jadi kurang kosakata Bahasa Melayu.
Banyakkan membaca buku² Bahasa Melayu ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 9-9-2023 01:54 AM
Malim gunung angkat2 brg berat jugak kan..boleh ke pompuan angkat barang berat naik gunung psld usia ...
Yang fit mounteering ini depa pass buat pull up/chin up sebab sometime require depa untuk climb rock formation... Depa boleh lifted weight sama berat badan...berat beg tidak akan ada issue |
|
|
|
|
|
|
|
Tanjung malim saya taulah tapi tak pernah fikir datang dari mana nama malim tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kena ltk ni dpn gunung sblm mendaki.. sesiapa ingkar team leader yg kne angkut turun bawah. Jgn menyusahkan bomba |
|
|
|
|
|
|
|
hep! jgn kita pandang fizikal seseorang itu tanda kelemahan diri okay!
kdg2 org yg fizikal je gitu tp semangat (mental) dia kuat drpd org yg fizikal jauh lg kurang kg ituuu
byk dh nampak dpn mata sendiri sepanjang terjebak dlm aktiviti pendakian gunung ni
cuma mmg la ada je jenis kg (berat) dan mental seiringan.. manjang down, takde semangat.. ada je tp tak semua
jd jgn pukul sama rata uolsss
|
|
|
|
|
|
|
|
iols yg dh lama terjebak dlm dunia pendakian pun takde perasaan utk jd malim
cukup la pengalaman dgn kelab bwk org mendaki sana sini, deal dgn jabatan hutan dan bdn2 beruniform segala
besar tanggungjawab jd malim ni, harap yg ambik kursus ni bkn la hanya kerana utk glamer semata selain mencari duit tepi (tak salah, rezeki memasing).. harap jalankan tanggungjawab tu dgn betul
rasanya ujian pra kelayakan sekarang ni pun agak kaw kaw
antaranya larian 2.4km, sit up, push up, standing jump, mendagu (korg google jela ek hehee), berenang 50m.. rasanya ramai akan sangkut kt berenang tu 
sebelum2 ni, mmg agak mudah utk jd malik, hanya dtg kursus je tp utk tahun ni dorang perketatkan lg sesiapa yg nk jd malim |
|
|
|
|
|
|
|
Dwdrum replied at 10-9-2023 07:33 AM
Yang fit mounteering ini depa pass buat pull up/chin up sebab sometime require depa untuk climb ro ...
Ooo.sbb ada dgr org pompuan xleh angkat berat effect waktu 50an nanti...tatau is it mitos semata2. |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 9-9-2023 04:58 PM
Kali pertama dengan perkataan Malim. Ingatkan bahasa Indonesia.
Lor da Lama da org guna istilah Tu. Nmpk sgt kurang cakna abang ni.
Cakna tu tau x apa maksud? |
|
|
|
|
|
|
|
MAL - malaysia
I- iron
M - man
MALIM - malaysia iron man ( wikiapadia)
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak workout sekadar kat gym je lah... 3-4X seminggu.. pastu sauna seminggu skali buang toxin
Kulit pun selamat dari UV exposure melampau
Selamat, sbb takde over heating suhu internal + external...
Boleh jaga hydration badan |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 10-9-2023 10:19 AM
Ooo.sbb ada dgr org pompuan xleh angkat berat effect waktu 50an nanti...tatau is it mitos semata2.
Nak angkat berat kena training core muscle dulu kena kasi kuat...
Pompuan mmg affect teruk.. urinary incontinence (mild version)... paling severe, thrombosis i.e. rahim terkeluar dari cervix, tahap terjuntai gittew.. kalo dah jadi gini mmg kena pakai pampers je la sbb nak kencing tak rasa or takleh hold langsung |
|
|
|
|
|
|
| |
|