CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Jadi 'Rumah Hantu'?

9-9-2023 04:23 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3920| Komen: 28

Melaka: "Kebelakangan ini pelanggan hampir tiada disebabkan penerbangan komersial sudah dihentikan. Saya amat berharap lapangan terbang ini dapat beroperasi seperti sediakala," ujar peniaga kedai serbaneka di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Lizawati Shamsuddin, 51.


Menurutnya, dia tetap berniaga setiap hari di LTAM disebabkan terikat dengan perjanjian dan terpaksa menanggung kerugian.

Gambar hiasan

"Saya hanya bergantung kepada kakitangan lapangan terbang ini yang bekerja atau mereka yang menggunakan pesawat persendirian serta pelatih akademi penerbangan.

"Dulu, sebelum Covid-19 melanda, perniagaan di sini maju dengan kehadiran pelancongan dari dalam dan luar negara mahupun penduduk tempatan. Tetapi selepas pandemik keadaan berubah. Malah saya hairan ada orang Melaka yang tidak tahu kewujudan LTAM," katanya ketika ditemui.


Ketika tinjauan Harian Metro tadi, kedai berkenaan satu-satunya premis dibuka di dalam terminal LTAM yang kelihatan begitu suram tanpa kelibat orang ramai.

Hanya ada dua petugas di kaunter pertanyaan serta pekerja pembersihan dilihat di lokasi itu.

LTAM yang sebelum ini dilaporkan meriah pada Mei lalu dengan kehadiran pelancong dari Pekanbaru, Indonesia menerusi penerbangan pertama pesawat Wings Air, kelihatan seperti ditinggalkan apabila operasi pesawat komersial dihentikan sementara sejak 6 Ogos lalu.

"Mengikut surat daripada pengurusan LTAM, operasi pesawat komersial dihentikan dari 6 hingga 16 Ogos, namun hingga kini masih tiada pesawat komersial mendarat.

"Difahamkan kerajaan negeri akan menganjurkan Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) selama tiga hari bermula 29 September ini. Harapan saya lapangan terbang ini dapat beroperasi seperti biasa seleas karnival itu," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pelancongan Negeri Melaka, Madelina Wl Kuah berharap kerajaan negeri mempertimbang untuk membuka semula penerbangan komersial bagi merancakkan sektor pelancongan termasuk pelancongan kesihatan dari Indonesia.

"Jika ada penerbangan terus dari Pekanbaru ke Melaka lebih mudah bagi warga Indonesia datang ke sini berbanding menaiki feri dari Dumai dan Bengkalis atau melalui KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur)," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote brego 9-9-2023 06:41 PM
ubah jer lokasi
airport sempit, runway pendek

dah la sebelah jalan yg sibuk
taman perumahan rapat sekeliling pulak tu
kalau jet terhempas, satu sen pun tak guna
Quote Tinot7 9-9-2023 06:52 PM
Baru tau ada lapangan terbang ni
Quote kakikuDibibirmu 9-9-2023 06:56 PM
Tinot7 replied at 9-9-2023 06:52 PM
Baru tau ada lapangan terbang ni

Terbang tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada ter memang tak apa
Quote manehnya 9-9-2023 07:38 PM
KUAM? mcm ala² LIMA ke...

Sedey, penah fly dgn malindo turun sini 8yrs lalu, lg kecik n koboi dr ltTawau...  ptt boleh pergi lg jauh
Quote gigahertz 9-9-2023 07:51 PM
brego replied at 9-9-2023 10:41 AM
ubah jer lokasi
airport sempit, runway pendek

Elmina shah alam tu bukan main bangga bila ada kapal terbang lalu.
sekali terhempas. mesti ramai anxiety kat situ.
baru kena serpihan sahaja pun dah ada
yang mati.
Quote tukul 9-9-2023 07:51 PM
Apa keperluan ada epot di Melaka ni ya....rasa x padan nak nunggu check in one hour..naik kereta dah sampai dah KL
Quote Tinot7 9-9-2023 07:54 PM
kakikuDibibirmu replied at 9-9-2023 06:56 PM
Terbang tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada ter memang tak apa{:mlshy ...

Ni ter-bang apa ni? Bang lutuit ka?
Quote kakikuDibibirmu 9-9-2023 07:59 PM
tukul replied at 9-9-2023 07:51 PM
Apa keperluan ada epot di Melaka ni ya....rasa x padan nak nunggu check in one hour..naik kereta dah ...


Asam Pedas Melaka darul cencalok tersenyum sinis
Quote felinecat 9-9-2023 08:06 PM
tukul replied at 9-9-2023 07:51 PM
Apa keperluan ada epot di Melaka ni ya....rasa x padan nak nunggu check in one hour..naik kereta dah ...

Pernah naik pg terengganu dlu2
Quote tukul 9-9-2023 08:39 PM
felinecat replied at 9-9-2023 08:06 PM
Pernah naik pg terengganu dlu2

Direct flite Melaka - Terengganu kah
Quote CiliPadiSedap 9-9-2023 08:49 PM
maldives lg best
Quote Radzor 9-9-2023 10:12 PM
airport kulim baru power
Quote vespa_oren 10-9-2023 05:57 AM
Projek zaman Pak Lah dulu, padahal melaka-sepang 2jam jer
Quote kelana36 10-9-2023 06:43 AM
viability... benda ni lah yang rafizi dok cerita kat sanusi... dia buat buat paham, anggok lepas tu kat ceramah depan walaun dia tibai balik...
Quote ultra78 10-9-2023 07:03 AM
Entah apa rasionalnya upgrade lapangan terbang batu berendam ni lapangan terbang antarabangsa. Patut upgrade lapangan terbang ismail petra jadi lapangan terbang antarabangsa.
Quote AbukRokok 10-9-2023 08:01 AM
Kahkahkahkah
Quote ashilalat 10-9-2023 12:19 PM
Edited by ashilalat at 10-9-2023 01:31 PM

Dari kau upgrade lapangan terbamg melaka ni, baik la buat HSR KL ke JB yg lalu KLIA, PD, melaka, muar, batu pahat, pontian/kukup, iskandar puteri ke JB. Lagi berbaloi dan ramai org guna. X de keperluan Melaka nak ada airport. Tren KLIA ke Melaka dah cukup.

Higjway Pantai Barat Taiping ke Banting tu, tolong la teruskan lg ke Sepang, PD, Melaka, Muar, Batu Pahat smpai Kukup. Baru la Melaka boleh naik.
Quote whimsicalmusic 10-9-2023 01:11 PM
br tao ade airport kt melaka. sbb dr kl mmg naik kereta/bas je ke melaka
Quote brego 10-9-2023 01:16 PM
gigahertz replied at 9-9-2023 07:51 PM
Elmina shah alam tu bukan main bangga bila ada kapal terbang lalu.
sekali terhempas. mesti ramai a ...

melaka ni antara yg femes dengan medical tourism
selepas KL & penang

ramai dari indon yang dtg berubat kat private hospital kat sini

mmg patut ada flight direct seminggu sekali ker

tapi airport ni kena pindah, lokasi tak sesuai

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.056731 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top