View: 3558|Reply: 27
|
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Jadi 'Rumah Hantu'?
[Copy link]
|
|
Melaka: "Kebelakangan ini pelanggan hampir tiada disebabkan penerbangan komersial sudah dihentikan. Saya amat berharap lapangan terbang ini dapat beroperasi seperti sediakala," ujar peniaga kedai serbaneka di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Lizawati Shamsuddin, 51.
Menurutnya, dia tetap berniaga setiap hari di LTAM disebabkan terikat dengan perjanjian dan terpaksa menanggung kerugian.
Gambar hiasan
"Saya hanya bergantung kepada kakitangan lapangan terbang ini yang bekerja atau mereka yang menggunakan pesawat persendirian serta pelatih akademi penerbangan.
"Dulu, sebelum Covid-19 melanda, perniagaan di sini maju dengan kehadiran pelancongan dari dalam dan luar negara mahupun penduduk tempatan. Tetapi selepas pandemik keadaan berubah. Malah saya hairan ada orang Melaka yang tidak tahu kewujudan LTAM," katanya ketika ditemui.
Ketika tinjauan Harian Metro tadi, kedai berkenaan satu-satunya premis dibuka di dalam terminal LTAM yang kelihatan begitu suram tanpa kelibat orang ramai.
Hanya ada dua petugas di kaunter pertanyaan serta pekerja pembersihan dilihat di lokasi itu.
LTAM yang sebelum ini dilaporkan meriah pada Mei lalu dengan kehadiran pelancong dari Pekanbaru, Indonesia menerusi penerbangan pertama pesawat Wings Air, kelihatan seperti ditinggalkan apabila operasi pesawat komersial dihentikan sementara sejak 6 Ogos lalu.
"Mengikut surat daripada pengurusan LTAM, operasi pesawat komersial dihentikan dari 6 hingga 16 Ogos, namun hingga kini masih tiada pesawat komersial mendarat.
"Difahamkan kerajaan negeri akan menganjurkan Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) selama tiga hari bermula 29 September ini. Harapan saya lapangan terbang ini dapat beroperasi seperti biasa seleas karnival itu," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pelancongan Negeri Melaka, Madelina Wl Kuah berharap kerajaan negeri mempertimbang untuk membuka semula penerbangan komersial bagi merancakkan sektor pelancongan termasuk pelancongan kesihatan dari Indonesia.
"Jika ada penerbangan terus dari Pekanbaru ke Melaka lebih mudah bagi warga Indonesia datang ke sini berbanding menaiki feri dari Dumai dan Bengkalis atau melalui KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur)," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
ubah jer lokasi
airport sempit, runway pendek
dah la sebelah jalan yg sibuk
taman perumahan rapat sekeliling pulak tu
kalau jet terhempas, satu sen pun tak guna |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tau ada lapangan terbang ni |
|
|
|
|
|
|
|
KUAM? mcm ala² LIMA ke...
Sedey, penah fly dgn malindo turun sini 8yrs lalu, lg kecik n koboi dr ltTawau... ptt boleh pergi lg jauh |
|
|
|
|
|
|
|
Elmina shah alam tu bukan main bangga bila ada kapal terbang lalu.
sekali terhempas. mesti ramai anxiety kat situ.
baru kena serpihan sahaja pun dah ada
yang mati.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa keperluan ada epot di Melaka ni ya....rasa x padan nak nunggu check in one hour..naik kereta dah sampai dah KL |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 9-9-2023 06:56 PM
Terbang tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada ter memang tak apa{:mlshy ...
Ni ter-bang apa ni? Bang lutuit ka? |
|
|
|
|
|
|
|
tukul replied at 9-9-2023 07:51 PM
Apa keperluan ada epot di Melaka ni ya....rasa x padan nak nunggu check in one hour..naik kereta dah ...
Pernah naik pg terengganu dlu2 |
|
|
|
|
|
|
|
felinecat replied at 9-9-2023 08:06 PM
Pernah naik pg terengganu dlu2
Direct flite Melaka - Terengganu kah |
|
|
|
|
|
|
|
Projek zaman Pak Lah dulu, padahal melaka-sepang 2jam jer |
|
|
|
|
|
|
|
viability... benda ni lah yang rafizi dok cerita kat sanusi... dia buat buat paham, anggok lepas tu kat ceramah depan walaun dia tibai balik... |
|
|
|
|
|
|
|
Entah apa rasionalnya upgrade lapangan terbang batu berendam ni lapangan terbang antarabangsa. Patut upgrade lapangan terbang ismail petra jadi lapangan terbang antarabangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ashilalat at 10-9-2023 01:31 PM
Dari kau upgrade lapangan terbamg melaka ni, baik la buat HSR KL ke JB yg lalu KLIA, PD, melaka, muar, batu pahat, pontian/kukup, iskandar puteri ke JB. Lagi berbaloi dan ramai org guna. X de keperluan Melaka nak ada airport. Tren KLIA ke Melaka dah cukup.
Higjway Pantai Barat Taiping ke Banting tu, tolong la teruskan lg ke Sepang, PD, Melaka, Muar, Batu Pahat smpai Kukup. Baru la Melaka boleh naik. |
|
|
|
|
|
|
|
br tao ade airport kt melaka. sbb dr kl mmg naik kereta/bas je ke melaka |
|
|
|
|
|
|
|
melaka ni antara yg femes dengan medical tourism
selepas KL & penang
ramai dari indon yang dtg berubat kat private hospital kat sini
mmg patut ada flight direct seminggu sekali ker
tapi airport ni kena pindah, lokasi tak sesuai
|
|
|
|
|
|
|
| |
|