"Saya mengaku saya memang salah. Apa yang ditularkan dan dikatakan ada yang benar, saya mengaku," kata Marissa Dania Hakim, 18, anak kepada pelakon Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim yang namanya menjadi sebutan berikutan kontroversi mengganggu rumah tangga seorang wanita dikenali Misya dengan bekas suaminya, Aslam sehingga berlaku perceraian, baru-baru ini. Namun, Marissa dalam satu kenyataan hari ini turut mendakwa tidak semua cerita yang didedahkan wanita itu adalah tepat dan kenyataan yang diberikan bukan untuk memuaskan hati semua pihak. "Tidak adil apabila mendengar cerita satu pihak saja kerana cerita yang dikongsikan bukan 100 peratus tepat, tapi saya tidak perlu meyakinkan dan memuaskan hati semua orang," katanya. Marissa berkata, apa yang berlaku adalah tanggungjawab dia sepenuhnya selain keluarga sudah memberikan yang terbaik. "Mereka sudah mendidik, menegur dan menghalang saya daripada semua ini. Semua yang berlaku adalah pilihan saya sendiri. Biar saya bersihkan nama saya sendiri dan bukan ibu bapa saya. "Saya tidak perlu menjelaskan atau meminta kelulusan daripada netizen. Netizen hanya akan memburukkan lagi keadaan seperti yang anda lihat sekarang. Saya tidak boleh menutup mulut orang. Jadi, jaga mulut kalau rasa nak berkata-kata. Jangan sampai jatuh fitnah atau menghina orang lain," tulisnya. Menurut Marissa, dia sudah tiada kaitan dengan individu yang mendedahkan kisah terbabit termasuk mengeluarkan kenyataan mengatakan dirinya bersalah dan menjadi punca wanita itu melanggar taklik. "Antara saya dan Aslam pula, mungkin banyak andaian terhadap kami, tetapi cukuplah saya dan Aslam saja yang tahu apa yang sebenar-benarnya terjadi antara kami. Daripada bermulanya semua ini sehingga ia berakhir," katanya. Dalam masa sama, Marissa menafikan dakwaan wanita terbabit yang mengatakan dia meraikan perceraian antara wanita itu dengan bekas suaminya. "Saya dan Aslam tidak menyambut apa-apa selepas mereka pulang dari mahkamah seperti yang ditulis oleh Umisya di Twitter. Apa yang kami buat sampai dia boleh cakap kami raikan? Salah satu perkara tidak benar yang ditularkan. "Semua orang mempunyai pandangan berbeza untuk sesuatu benda, tetapi jangan lupa semua orang ada hak untuk bersuara. Begitu juga dengan saya yang bersuara bagi pihak saya," katanya. Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang wanita tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan Marissa. Wanita terbabit menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa yang juga pempengaruh itu didakwa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya. Sumber: Harian Metro |
Diamondmoney replied at 9-9-2023 04:24 PM
Iols berhati hitam ini karangan dr setajah yebi
SpyLeman replied at 9-9-2023 04:22 PM
Kalau ikut laras bahasa, rasanya mmg dia yg karang statement ni pastu abg normiang yg approve. Kala ...
ADVERTISEMENT