|
Bersempena dengan pelancaran album pertama, penyanyi Amir Masdi bakal mengadakan siri jelajah di Hard Rock Cafe Melaka pada 15 September ini. Pemilik nama sebenar, Amir Syazwan Masdi, 27, berkata, penganjuran siri jelajah itu merupakan salah satu impiannya malah projek itu adalah bonus kepada penerbitan album yang memuatkan 12 buah lagu itu.
“Untuk jelajah album ini memang menjadi impian saya. Kalau ada album sahaja saya belum betul-betul puas, tapi kalau dapat buat jelajah album satu Malaysia, itu adalah bonus untuk projek ini. “Saya sangat gembira dan bersyukur apabila dapat menjayakannya di lokasi pertama di Hard Rock Cafe, Melaka. Kalau tanya penyanyi lain, lokasi itu sangat baik sekiranya mahu membuat persembahan. “Kalau ikutkan memang risikonya agak tinggi sebab ada tiket dan perlu pergi banyak lokasi. Tapi, saya tengok ramai peminat yang minta untuk buat showcase.
“Kalau saya buat di tempat yang sama nanti orang akan bosan. Jadi, saya dengan pihak pengurusan buat jelajah itu supaya dapat menjual album ini ke seluruh negara,” katanya. Amir berkongsikan bahawa dia bakal menyanyikan kesemua lagu dalam album itu termasuk beberapa lagu lain.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.342484 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.