|
Datuk ND Lala akhirnya tampil mengesahkan dia memang berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Siti Munirah Abdul Ghani. ND Lala atau Amir Amzah Salleh, 62, juga mendakwa bekas isterinya iaitu Fauziah Sarman turut mendesak agar menceraikannya selepas tidak setuju untuk berpoligami.
"Berhentilah menipu, buat cerita palsu... Berapa lama kita nak menipu, akhirnya orang akan tahu dan kebenaran akan menang. "Memang benar saya telah bernikah dengan Siti Munirah Abdul Ghani, memang benar bekas isteri saya tidak bersetuju untuk berpoligami. "Memang benar telah banyak kali bekas isteri saya mengugut, mendesak saya menceraikannya dan ini bukan satu keputusan mudah selepas 34 tahun kami bernikah dan Allah anugerahkan kami empat orang cahaya mata," katanya menerusi video yang dimuat naik di Instagram.
|
scarflicious replied at 8-9-2023 08:19 PM
Kalau bukan penyondol, jentolak ke?


scarflicious replied at 8-9-2023 08:20 PM
Dah gi mahkahmah belum to confirm awak dah bercerai
pelik betul apak/mak budak nie setuju dgn perkahwinan nie

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.882418 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.