CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16126|Reply: 106

ND Lala Mohon Jangan Panggil Siti Munirah Penyondol "Dia Tak Pernah Sondol Atau Mengurat Saya, Saya Yang Dekati Dia"

[Copy link]
Post time 8-9-2023 08:17 PM | Show all posts |Read mode
Datuk ND Lala akhirnya tampil mengesahkan dia memang berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Siti Munirah Abdul Ghani.


ND Lala atau Amir Amzah Salleh, 62, juga mendakwa bekas isterinya iaitu Fauziah Sarman turut mendesak agar menceraikannya selepas tidak setuju untuk berpoligami.


Foto: Youtube




"Berhentilah menipu, buat cerita palsu... Berapa lama kita nak menipu, akhirnya orang akan tahu dan kebenaran akan menang.


"Memang benar saya telah bernikah dengan Siti Munirah Abdul Ghani, memang benar bekas isteri saya tidak bersetuju untuk berpoligami.


"Memang benar telah banyak kali bekas isteri saya mengugut, mendesak saya menceraikannya dan ini bukan satu keputusan mudah selepas 34 tahun kami bernikah dan Allah anugerahkan kami empat orang cahaya mata," katanya menerusi video yang dimuat naik di Instagram.


  



ND Lala juga mengaku dia memenuhi kemahuan bekas isterinya itu sehingga mereka sah bercerai pada 5 September lalu.


Bagaimanapun ND Lala tidak menjelaskan tarikh sebenar dia berkahwin dengan Siti Munirah.


ND Lala memohon agar semua pihak tidak menggelar isteri mudanya dengan gelaran penyondol kerana wanita itu tidak pernah mengganggu rumah tangga atau menggodanya.




  



Sebaliknya dia yang mendekati Siti Munirah meskipun pada awalnya wanita itu menolak sebelum dia bertemu dengan bapa isterinya itu bagi meminta izin untuk berkahwin.


"Saya nak minta jangan gelar isteri saya sebagai penyondol... Ini tidak benar sebab dia tak pernah sondol atau mengurat saya.


"Saya yang dekati dia walaupun awalnya dia tak mahu saya. Akhirnya saya minta restu pada ayah dia dan bila dia setuju kami bernikah," jelasnya.




  



Pada 9 Ogos lalu, Fauziah memaklumkan sudah diceraikan suaminya yang melafazkan cerai itu di Masjid Ar Rahman, Bangsar, Kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu dan memaklumkan tentang lafaz itu melalui aplikasi WhatsApp pada 8 Ogos 2023.


Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 5 September lalu mengesahkan lafaz dibuat penyanyi itu terhadap Fauziah.


Untuk rekod, ND Lala mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada tahun 1989 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada,25. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2023 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bukan penyondol, jentolak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah gi mahkahmah belum to confirm awak dah bercerai
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Lol pakcik bekap bini baru....geli baca
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Diamla atuk!geli geleman tgk misai kontot kau tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg panaslah biz uptrend. Duit panas.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2023 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini muda ke soh bagi statement gitu?
Ingat netz senang2 ke nk ikut..lagi kena keji ada lah
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada juga bapak yg rela anak dara kawen laki berumur yang tak kaya, takde harta mcm dia ni eh?

Let say kaya, ternama, harta berkoyan2 maybe bolehlah terima sebab zaman sekarang banyak je kes kawen sebab harta. Tapi dia ni katanya makan hasil anak so apa pendapatan dia? Dulu berhutang dengan Den Wahab tatau la settle ke belum.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2023 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Atok kena qc dgn bini baru ke?  
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Euww pokcik powerpoint nih...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
scarflicious replied at 8-9-2023 08:19 PM
Kalau bukan penyondol, jentolak ke?

Terus terngiang lagu didi & friends kat telinga iols

Jengkaut, lori angkut, jentolak, lori simen..
Jentera berat, berat & kuat

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahaha..acik poziah ketawa
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hang da tua pakcik. Dah bercucu dah pun. Geli la dok buat perangai gini
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 08:42 PM | Show all posts
scarflicious replied at 8-9-2023 08:20 PM
Dah gi mahkahmah belum to confirm awak dah bercerai

Dah confirm last week

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambiklah siti munirah.
Jaga pak cik tua ni.
Jgn lupe beranak kecik
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 08:46 PM | Show all posts
Susah nak pecaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2023 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku baru pasan dia dapat  tittle datuk.ntah kenapa dia dapat datuk.?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang 'bertahun hilangkan' diri dari famili sapa eh  pelik betul apak/mak budak nie setuju dgn perkahwinan nie
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
sebab kalau dia reveal tarikh kawen, kantoi la yang dia sebenarnya kawen dulu sebelum tanya ex-wife.

sebab ayat atas dia claim dia bagitahu ex-nya yang dia nak poligami, pastu sheols tak setuju. Kalau ikut logik, mesti la theyols akan cerai dulu sebab the ex tak nak dimadukan. Tapi sekarang, theyols cerai lepas si lalala ni dah kawen dua.

maknanya apa, statement dia tu coverline lettew
#donepitenah

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Diam la chaplin!potong cite pasal shilalat ke ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 06:55 PM GMT+8 , Processed in 1.646425 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list