CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Dibenarkan Ikat Jamin- Penganggur Mengaku Tak Bersalah, Bersubahat Dengan Rakan Rogol Adik Ipar Bergilir Gilir

8-9-2023 02:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6015| Komen: 28

Kuala Lumpur: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen  atas tuduhan bersubahat dengan rakan lain yang masih bebas untuk merogol adik iparnya secara bergilir-gilir di sebuah rumah, bulan lalu.


Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Mengikut pertuduhan, bapa empat anak itu didakwa bersubahat dengan rakan sejenayah yang masih bebas memudahkan perbuatan rogol berkumpulan ke atas seorang wanita berusia 26 tahun.

Foto: Harian Metro

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kediaman di Wangsa Maju antara 2 pagi dan 3.30 pagi, 30 Ogos lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 107 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 375B kanun sama.

Jika sabit kesalahan lelaki itu yang juga abang ipar mangsa boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Roslizi Sulaiman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Roslizi tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh melakukan kesalahan berat selain mempunyai hubungan dengan mangsa iaitu abang ipar.

"Sekiranya mahkamah memberikan ikat jamin, pihak pendakwaan bimbang usaha mengesan suspek yang masih bebas akan tergendala apatah lagi tertuduh adalah abang ipar dengan mangsa.

"Jika tertuduh diberi jaminan, suspek yang masih bebas boleh melarikan diri atas makluman tertuduh, ada tiga orang sekurang-kurangnya yang rogol mangsa, tiga suspek itu masih lagi bebas," katanya.

Katanya, selain itu, pihak pendakwaan bimbang mangsa yang akan menjadi saksi pendakwaan dikacau ganggu berikutan mereka tinggal serumah bersama tertuduh dan isterinya.

"Kami tidak menawarkan jaminan kerana kes ini serius, sangat berisiko untuk tertuduh melarikan diri," katanya.

Bagaimanapun tertuduh dalam rayuannya memohon supaya dibenarkan ikat jamin kerana mempunyai tanggungan seorang isteri dan empat orang anak.

"Saya mohon dibenarkan jaminan, mungkin isteri saya (sebagai penjamin)," katanya.

Izralizam turut bertanya sama ada isterinya mengetahui dia didakwa di mahkamah hari ini, tertuduh berkata, dia tidak pasti dan kali terakhir berjumpa isterinya ketika menyerah diri di balai polis.

"Tiada ahli keluarga lain (penjamin), kalau ada pun mungkin sepupu," katanya.

Mendengar hujahan kedua-dua pihak, Izralizam tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

"Penjamin tidak hadir ke mahkamah dan buat masa ini, tertuduh tidak dibenarkan jaminan.

"Selepas ini, saya beri satu tarikh dan jika ada peluang lantik peguam untuk hujahan mengenai jaminan dan hubungi rakan serta keluarga untuk jadi penjamin," katanya.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 12 Oktober ini. '

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan, ingin melangsaikan hutang rakan dipercayai punca yang mendorong lelaki membenarkan rakan merogol adik iparnya bergilir-gilir di kediaman mereka di Wangsa Maju. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nuyak 8-9-2023 04:16 PM
keparat sungguh perangai...mereput la ko 3o tahun dalam penjara tu...jantan2 tak guna..
Quote mizruncing 8-9-2023 04:20 PM
ehh tak yah nak blur laa. elok org kenal kau biar semua berhati2 dgn kau pas ni
Quote grouper 8-9-2023 04:26 PM
Gila klau bini ang nak bayar duit jaminan tu...yg kena rogol tu adik dia kot
Quote Friska 8-9-2023 04:32 PM

Quote hayrin86 8-9-2023 04:38 PM
Nampaknya sambut Hari Malaysia dalam penjara jawapannya..
Quote ifanonline 8-9-2023 04:49 PM
berpunca dr wanita2 yg tunjuk cleavage dlm medsos
Quote dua_chzy 8-9-2023 04:51 PM
Eh betul cakap korang porumer kat tered dulu tu yang abang ipar syaitan ni mastermind yach!
Quote alieyrina 8-9-2023 06:12 PM
Konfiden ja bini dia nak jamin ? Dahla kau tu bewak. Kalau bini jamin jugak speechles aku
Quote mojarean_X 8-9-2023 07:05 PM
Friska replied at 8-9-2023 04:32 PM

X herlokk....
Quote gigahertz 8-9-2023 08:36 PM
grouper: Gila klau bini ang nak bayar duit jaminan tu...yg kena rogol tu adik dia kot

kalau dah kena batang sampai 4 anak keluar mmg cari lakinya balik.
Quote ellZack 8-9-2023 08:45 PM
mizruncing replied at 8-9-2023 04:20 PM
ehh tak yah nak blur laa. elok org kenal kau biar semua berhati2 dgn kau pas ni

Tak boleh juga. Kalau orang tau muka abang ipar, mesti rakan rakan berdekatan atau ahli keluarga boleh agak siapa mangsa. Kesian pula mangsa nanti.
Quote Sazreena 9-9-2023 02:08 AM
Mereput la ko setan..
Quote little_sis 9-9-2023 02:15 AM
Tak payah jamin langsung. Masa kowtim dgn suspek2 lain ada ke pikir pasal akibat plan dorang ni, memang tak payah jamin la
Quote annehuda 9-9-2023 02:19 AM
Aku penah baca kt malaysia ni kalau ngaku salah mmg akan dikenakan hukuman maksima terus. Sbb tu kt malaysia lawyer si penjenayah ni akan nasihat jgn ngaku bersalah dulu. Kot la masa perbicaraan bleh cari loophole mana2 ke dpt hukuman ringan skit. Wallahualam
Quote liyamariska 9-9-2023 02:37 AM
annehuda replied at 9-9-2023 02:19 AM
Aku penah baca kt malaysia ni kalau ngaku salah mmg akan dikenakan hukuman maksima terus. Sbb tu kt  ...

tak hairanlah byk kes2 jenayah biasanya OKD selalu mgaku tak bersalah...


Quote annehuda 9-9-2023 02:41 AM
liyamariska replied at 9-9-2023 02:37 AM
tak hairanlah byk kes2 jenayah biasanya OKD selalu mgaku tak bersalah...

Yup aku baca kalau kt negara lain ada negotiation, kalau ngaku salah hukuman jadi ringan skit dan tak perlu perbicaraan. Kt malaysia terbalik plak,sbb tu dlm byk kes kite tgk ko mmg bersalah pun tapi lawyer akan nasihat jgn ngaku dulu, fight habis2an gitu.
Quote liyamariska 9-9-2023 02:50 AM
annehuda replied at 9-9-2023 02:41 AM
Yup aku baca kalau kt negara lain ada negotiation, kalau ngaku salah hukuman jadi ringan skit dan  ...

cam contoh skrg byk kes2 jenayah yg tau2 OKD boleh lepas camtu jer... nak komen lelebih pasal sistem perundangan Malaysia ni cm...


Quote SedihPedih 9-9-2023 07:07 AM
Dia mohon dijamin sb ada tanggungan sedangkan dia penganggur dan assume juga wife dia akan jamin tp  x jumpa wife kepas serah diri.

Kes dh jd gini, wife kalau suka membela bewok pun mungkin akan amik jln lain sb pressure keluarga.

Iols tertarik dgn fakta yg semua perogol2 tu masih bebas. Adakah diorang ni geng2 gangster dilindungi or just that abe bewok ni mmg protect habis-habisan malaun2 ni?
Quote batmana 9-9-2023 07:23 AM
Kenapa pakai jurubahasa mahkamah?org apa ni?

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.049866 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top