View: 5611|Reply: 25
|
Tak Dibenarkan Ikat Jamin- Penganggur Mengaku Tak Bersalah, Bersubahat Dengan Rakan Rogol Adik Ipar Bergilir Gilir
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan bersubahat dengan rakan lain yang masih bebas untuk merogol adik iparnya secara bergilir-gilir di sebuah rumah, bulan lalu.
Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.
Mengikut pertuduhan, bapa empat anak itu didakwa bersubahat dengan rakan sejenayah yang masih bebas memudahkan perbuatan rogol berkumpulan ke atas seorang wanita berusia 26 tahun.
Foto: Harian Metro
Kesalahan itu dilakukan di sebuah kediaman di Wangsa Maju antara 2 pagi dan 3.30 pagi, 30 Ogos lalu.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 107 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 375B kanun sama.
Jika sabit kesalahan lelaki itu yang juga abang ipar mangsa boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Roslizi Sulaiman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Roslizi tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh melakukan kesalahan berat selain mempunyai hubungan dengan mangsa iaitu abang ipar.
"Sekiranya mahkamah memberikan ikat jamin, pihak pendakwaan bimbang usaha mengesan suspek yang masih bebas akan tergendala apatah lagi tertuduh adalah abang ipar dengan mangsa.
"Jika tertuduh diberi jaminan, suspek yang masih bebas boleh melarikan diri atas makluman tertuduh, ada tiga orang sekurang-kurangnya yang rogol mangsa, tiga suspek itu masih lagi bebas," katanya.
Katanya, selain itu, pihak pendakwaan bimbang mangsa yang akan menjadi saksi pendakwaan dikacau ganggu berikutan mereka tinggal serumah bersama tertuduh dan isterinya.
"Kami tidak menawarkan jaminan kerana kes ini serius, sangat berisiko untuk tertuduh melarikan diri," katanya.
Bagaimanapun tertuduh dalam rayuannya memohon supaya dibenarkan ikat jamin kerana mempunyai tanggungan seorang isteri dan empat orang anak.
"Saya mohon dibenarkan jaminan, mungkin isteri saya (sebagai penjamin)," katanya.
Izralizam turut bertanya sama ada isterinya mengetahui dia didakwa di mahkamah hari ini, tertuduh berkata, dia tidak pasti dan kali terakhir berjumpa isterinya ketika menyerah diri di balai polis.
"Tiada ahli keluarga lain (penjamin), kalau ada pun mungkin sepupu," katanya.
Mendengar hujahan kedua-dua pihak, Izralizam tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
"enjamin tidak hadir ke mahkamah dan buat masa ini, tertuduh tidak dibenarkan jaminan.
"Selepas ini, saya beri satu tarikh dan jika ada peluang lantik peguam untuk hujahan mengenai jaminan dan hubungi rakan serta keluarga untuk jadi penjamin," katanya.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 12 Oktober ini. '
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan, ingin melangsaikan hutang rakan dipercayai punca yang mendorong lelaki membenarkan rakan merogol adik iparnya bergilir-gilir di kediaman mereka di Wangsa Maju. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
keparat sungguh perangai...mereput la ko 3o tahun dalam penjara tu...jantan2 tak guna.. |
|
|
|
|
|
|
|
ehh tak yah nak blur laa. elok org kenal kau biar semua berhati2 dgn kau pas ni |
|
|
|
|
|
|
|
Gila klau bini ang nak bayar duit jaminan tu...yg kena rogol tu adik dia kot |
|
|
|
|
|
|
|
Nampaknya sambut Hari Malaysia dalam penjara jawapannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
berpunca dr wanita2 yg tunjuk cleavage dlm medsos |
|
|
|
|
|
|
|
Eh betul cakap korang porumer kat tered dulu tu yang abang ipar syaitan ni mastermind yach! |
|
|
|
|
|
|
|
Konfiden ja bini dia nak jamin ? Dahla kau tu bewak. Kalau bini jamin jugak speechles aku |
|
|
|
|
|
|
|
Friska replied at 8-9-2023 04:32 PM
X herlokk.... |
|
|
|
|
|
|
|
grouper: Gila klau bini ang nak bayar duit jaminan tu...yg kena rogol tu adik dia kot
kalau dah kena batang sampai 4 anak keluar mmg cari lakinya balik. |
|
|
|
|
|
|
|
mizruncing replied at 8-9-2023 04:20 PM
ehh tak yah nak blur laa. elok org kenal kau biar semua berhati2 dgn kau pas ni
Tak boleh juga. Kalau orang tau muka abang ipar, mesti rakan rakan berdekatan atau ahli keluarga boleh agak siapa mangsa. Kesian pula mangsa nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah jamin langsung. Masa kowtim dgn suspek2 lain ada ke pikir pasal akibat plan dorang ni, memang tak payah jamin la |
|
|
|
|
|
|
|
Aku penah baca kt malaysia ni kalau ngaku salah mmg akan dikenakan hukuman maksima terus. Sbb tu kt malaysia lawyer si penjenayah ni akan nasihat jgn ngaku bersalah dulu. Kot la masa perbicaraan bleh cari loophole mana2 ke dpt hukuman ringan skit. Wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
tak hairanlah byk kes2 jenayah biasanya OKD selalu mgaku tak bersalah...
|
|
|
|
|
|
|
|
liyamariska replied at 9-9-2023 02:37 AM
tak hairanlah byk kes2 jenayah biasanya OKD selalu mgaku tak bersalah...
Yup aku baca kalau kt negara lain ada negotiation, kalau ngaku salah hukuman jadi ringan skit dan tak perlu perbicaraan. Kt malaysia terbalik plak,sbb tu dlm byk kes kite tgk ko mmg bersalah pun tapi lawyer akan nasihat jgn ngaku dulu, fight habis2an gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
cam contoh skrg byk kes2 jenayah yg tau2 OKD boleh lepas camtu jer... nak komen lelebih pasal sistem perundangan Malaysia ni cm...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia mohon dijamin sb ada tanggungan sedangkan dia penganggur dan assume juga wife dia akan jamin tp x jumpa wife kepas serah diri.
Kes dh jd gini, wife kalau suka membela bewok pun mungkin akan amik jln lain sb pressure keluarga.
Iols tertarik dgn fakta yg semua perogol2 tu masih bebas. Adakah diorang ni geng2 gangster dilindungi or just that abe bewok ni mmg protect habis-habisan malaun2 ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa pakai jurubahasa mahkamah?org apa ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|