CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Dan 2 Anak Ditemui Mati Dalam Bilik Sewa, Terhidu Gas Penghidup Api, Dipercayai Bunuh Diri

7-9-2023 08:37 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6796| Komen: 52

Ampang Jaya: Seorang wanita yang juga jurujual pencuci rambut ditemui mati bersama dua anaknya di bilik sewa mereka di Kampung Baru Ampang, di sini, pagi tadi.

Mayat tiga beranak itu ditemui oleh seorang lagi penyewa bilik lain unit rumah yang sama di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Ampang, kira-kira jam 7.30 pagi.


POLIS membawa keluar mayat tiga beranak yang ditemukan mati dalam bilik dipercayai bunuh diri di Ampang, Selangor, hari ini.

Susulan maklumat itu sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, bergegas ke lokasi sebelum menemui jasad tiga beranak itu dalam sebuah bilik tidur utama.

Mayat wanita berusia 42 tahun terbabit ditemui bersama anak lelakinya yang berusia 14 tahun dan anak perempuan berusia 15 tahun.


Mayat tiga beranak itu ditemukan di dalam bilik tidur pertama dengan pintu dan tingkap bilik ditutup rapat menggunakan pita pelekat.

Siasatan awal mendapati ketiga-tiga mereka disyaki mati akibat terhidu bau gas penghidup api.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, turut ditemukan arang bersama penyala api diletakkan di bawah sofa bilik itu serta surat wasiat dan wang bercampur.

“Polis percaya ini adalah kes bunuh diri dan tempoh kematian melebihi 24 jam.

“Bagaimanapun siasatan diteruskan bagi mengenal pasti motif dan mengesan sebarang unsur jenayah sekiranya ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemeriksaan oleh Pegawai Pembantu Perubatan Hospital Ampang, mengesahkan ketiga-tiga mangsa sudah meninggal dunia lebih dari 24 jam.


Sumber: BH Online, Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 7-9-2023 08:40 PM
Apa maksud gas penghidup api? Gas memasak ke?
Quote shernazz 7-9-2023 08:48 PM
Ala kesiannya...
Isk.isk...
Quote Eqx 7-9-2023 09:32 PM
Camna depa yang dalam bilik kedap dengan pita pelekat tu yang terhidu gas?  Penyewa bilik sebelah tak terhidu ke??
Quote noor2 7-9-2023 09:35 PM
Sedihnya....bangsa apa ni...cina ke
Quote lanacondor 7-9-2023 11:24 PM
Takziah buat keluarga mangsa. Berat ujian tekanan smpi nekad bunuh diri
Quote pengecatbintang 8-9-2023 12:07 AM
noor2 replied at 7-9-2023 09:35 PM
Sedihnya....bangsa apa ni...cina ke

Mgkn ler cine DAP yg penyokong peee eeeen anti sgt tu

So, X yah susah2 letak emoji sedih

Geli ketiak Aku

He he
Quote sambaldurian 8-9-2023 12:16 AM
Klu aku la, mungkin aku berhijrah ke daerah/negeri yg murah belanja. Ni ko duduk area Ampang, tetapi satu rumah ada penyewa lain, dgn ada anak lg. Klu xde anak xpe, sorg2 sewa bilik. Tgk style rumah ni pun bkn 'high class' , ntah berapa kena caj sewa sbb Ampang kn.
Quote JunkMail 8-9-2023 02:39 AM
Ciannya.... hidup susah sangat ke bunuh diri anak beranak? Anak pun dah besar belasan tahun tu..mesti tau bakalan mati. Dah sepakat ke?
Quote B40tastePosh 8-9-2023 02:52 AM
Gas penghidup api
Pencuci rambut
Bilik tidur pertama ∆ bilik tidur utama
Quote shida81 8-9-2023 03:42 AM
Mesti da x terdesak sampai bunuh diri dgn ank2... Kesian sungguh....
Quote noor2 8-9-2023 05:12 AM
pengecatbintang replied at 8-9-2023 12:07 AM
Mgkn ler cine DAP yg penyokong peee eeeen anti sgt tu

So, X yah susah2 letak emoji sedih

Otak ko mmg bermasalah ke apa...

Mental betul ...
Quote miracle_forever 8-9-2023 06:28 AM
kesiannya…anak2 pun dah teenagers. mcm mana la sewa bilik duduk bertiga mcm tu pastu shared dgn orang lain.
Quote mawarika 8-9-2023 06:50 AM
Tak Kira la bangsa apa.. dah berhabis fikir ttg kehidupan maknya ni. Kesian mental anak2 sanggup ikut sama. Duit la ni puncanya.. nape la tak ikhtiar minta bantuan mana2 .. rasanya Malaysian ni xde la kejam mana. Sekali keluar minta bantuan berdesup yg dtg menolong. Mcm Kat area seremban aku tgk perkasih byk bantu family susah. Yg kesempitan hidup tak dpt byr sewa rumah, yg hilang kerja.. semua dpt bantuan. Nak taknak je mintak tolong..
Quote asudau 8-9-2023 07:11 AM
kesian anak-anaknya, tak diberi peluang untuk hidup.
kita tak tahu apa masalah depa sampai sanggup bunuh diri kan...

Quote zehra2 8-9-2023 07:36 AM
anak2 dah besar jugek tp mungkin mak nya tk sampai hati nak tinggalkan.
tk tau ler kot hutang along ratus ribu.
kalo setakat mkn hari2 ada je bantuan.
Quote Simunggu 8-9-2023 07:40 AM
Edited by Simunggu at 8-9-2023 07:46 AM

aduh kasian...anak anak umur 14 & 15 ni manja dgn ibubapa sebenarnya...
tu sbb aku selalu bagi nasihat dgn keluarga aku jangan berkasar ketika marah dgn org walau apa juga kesalah mereka sbb kita tidak tau masalah peribadi & keluarga mereka...
Quote pokokmeranti 8-9-2023 07:41 AM
anak2 mungkin tk faham tindakan mak mereka, aku syak mati waktu tidur.
Quote nurul_akmar 8-9-2023 07:43 AM
mesti sbb hutang ni... mesti sbb masalah kewangan
Quote hareeeesah 8-9-2023 07:45 AM
Dh ssh sgt la kot? Anak-anak xhappy agaknya teenagers byk nk itu ini. So agree to disagree mati sama iols speku

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.242662 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top