|
Elisya Sandha, 24, fobia hendak membawa anaknya, Bunga Elhaq ke mana-mana selepas ini berikutan dijangkiti demam virus sampai masuk hospital. Bagaimanapun dia bersyukur kerana anaknya yang berusia setahun tiga bulan itu sudah dibenarkan keluar dari hospital.
"Walaupun Bunga dirawat selama tiga hari di hospital kerana demam virus itu, tapi ia situasi yang begitu mencabar buat saya sebagai ibu. Ia pengalaman pertama dan sukar untuk dilalui apabila melihat anak sakit. "Bunga tak pernah sakit macam ini. Tapi, dia mengalami demam virus selepas kami pulang dari kampung di Perlis, baru-baru ini. Cuaca tidak bagus dan dia (Bunga) pula dibawa berjalan ke banyak tempat. Jadi, jangkitan itu dari udara," katanya kepada Harian Metro.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.106315 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.