CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2815|Reply: 4

Kesihatan Mental Elisya Sandha Terganggu Tengok Anak Sakit "Fobia Nak Bawa Keluar"

[Copy link]
Post time 7-9-2023 07:21 PM | Show all posts |Read mode
Elisya Sandha, 24, fobia hendak membawa anaknya, Bunga Elhaq ke mana-mana selepas ini berikutan dijangkiti demam virus sampai masuk hospital.


Bagaimanapun dia bersyukur kerana anaknya yang berusia setahun tiga bulan itu sudah dibenarkan keluar dari hospital.


Foto: IG




"Walaupun Bunga dirawat selama tiga hari di hospital kerana demam virus itu, tapi ia situasi yang begitu mencabar buat saya sebagai ibu. Ia pengalaman pertama dan sukar untuk dilalui apabila melihat anak sakit.


"Bunga tak pernah sakit macam ini. Tapi, dia mengalami demam virus selepas kami pulang dari kampung di Perlis, baru-baru ini. Cuaca tidak bagus dan dia (Bunga) pula dibawa berjalan ke banyak tempat. Jadi, jangkitan itu dari udara," katanya kepada Harian Metro.




  



Elisya berkata, jiwa dan perasaannya jadi rapuh apabila melihat anak tersayang dicucuk jarum pada tangannya. Katanya, dia tidak boleh melihat anak kesakitan dan menangis tanpa henti.


"Saya memang tak pernah tengok Bunga menangis teruk selama ini dan keadaannya juga sangat lemah. Disebabkan itu, saya menangis tanpa henti sehingga mental terganggu.


"Saya rasa jantung seolah-olah gugur sebab ini adalah kali pertama Bunga dirawat di hospital dan sakit. Alhamdulillah, sekarang dia semakin beransur pulih meskipun mukanya ada naik ruam sedikit," katanya.




  



Menurut Elisya, malam selepas balik dari kampung, badan Bunga sudah mula panas. Katanya, apabila diperiksa suhu badannya naik mencecah 40 darjah celcius dan ia amat mengejutkan.


"Kemudian, saya hubungi doktor dan disarankan untuk beri Bunga ubat saja. Tapi, ia tak bertahan lama apabila demam itu datang semula dengan suhu sama.




  



"Selepas tiga hari masih belum baik, saya dan suami putuskan membawa Bunga ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Namun, dia akhirnya ditahan di wad ," katanya.


Elisya berkata, selepas ini dia akan lebih berhati-hati ketika membawa anaknya, Bunga keluar bersiar-siar memandangkan sekarang musim kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit.-CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2023 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak kecil usia tu mmg patut kurangkan bawa jln kat tempat ramai org
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawanya dia ni elisya ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 09:01 AM | Show all posts
hekelehhhhh terpalingggg
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling makkk la ko. Kalau anak sakit lepas balik belah perlis kemain gebang. Kalau anak sakit lepas balik belah kampunh cyst ko try la cakap cmtu tgk.

Beriaaa lakk. Anak nak sakit kat mana2 pun boleh jadi dekk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TRAVEL
kukuk456dfDTRAVEL
Views : 304 Replies : 0
travel
yr.ix.el.f.i.ectravel
Views : 404 Replies : 0
tavel
yr.ix.el.f.i.ectavel
Views : 404 Replies : 0
Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPRM, seleweng RM4.2 juta
ultra78Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPR
Views : 19717 Replies : 19
Sedut lemak tak menjadi, wanita dakwa rugi RM39,000 jalani prosedur dipromosi pempengaruh media sosial
ultra78Sedut lemak tak menjadi, wanita dakwa ru
Views : 9945 Replies : 4
EDISI PAP PAP PAP datang lagi...
maklukpenggodaEDISI PAP PAP PAP datang lagi...
Views : 24925 Replies : 121
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45808 Replies : 54
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 20250 Replies : 40
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 46074 Replies : 57
VVIP & Sambutan Tahun Baru 2026
ZORRO5555VVIP & Sambutan Tahun Baru 2026
Views : 1588 Replies : 23

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.087558 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list