Penyanyi dan pelakon, Ismail Izzani menganggap kontroversi demi kontroversi yang terpalit dengannya adalah pengalaman yang banyak mendewasakan dirinya menjadi manusia lebih baik. Ismail berkata, seandainya dia diberi peluang untuk mengundur waktu, dia enggan mengubah satu pun kenangan yang pernah menghambat namanya sebelum ini.
"Saya bersyukur kerana pengalaman lalu banyak mengajar saya erti kehidupan sebenar. Kalau ada peluang untuk patah balik masa, saya tak nak tukar apa-apa kejadian yang pernah berlaku dalam hidup saya kerana ia membentuk diri saya sekarang. "Saya bermula dalam bidang ini seawal usia 16 tahun dan orang luar melihat segala proses saya membesar dan kehidupan yang saya lalui," katanya. Ismail berkata, dia juga tidak mahu salahkan sesiapa atas apa yang berlaku, tetapi menyalahkan dirinya sendiri kerana memilih bidang itu hingga tidak ke sekolah dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Atas sokongan ibu, saya juga sanggup 'busking' di luar sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur kerana muzik begitu dekat di hati saya dan tidak akan sesekali meninggalkan bidang yang saya cintai ini. Saya sanggup berdepan apa saja kecaman kerana inilah kenangan yang berharga untuk diri saya. "Kalau orang nak benci sekali pun, sampai tahap mana mereka nak benci. Ada je orang yang mahu bergambar sehingga terdetik di hati mungkin mereka dalang di sebalik komen kecaman yang ditinggalkan. Apapun saya tak ambil peduli sebab saya berdiri hari ini sebab muzik dan banyak lagi perkara yang saya nak teroka," katanya.
|
sharlenetexas replied at 7-9-2023 11:15 PM
Kakak dia dia masuk kys. Adik malas sekolah.
rayna_raynes replied at 7-9-2023 11:26 PM
Normal kot untuk budak lelaki, especially yg inclined to arts/creative
ADVERTISEMENT